Salam
Ia terlentang kaku di situ. Benda berwarna hitam, tercalar dan berhabuk yang banyak berjasa pada aku sedari mula aku memilikinya, bekerja dengannya, berulit-ulit dengannya aku masih ingat itu. Sayu bertandang pula bila aku melihat penyepit kuning yang diguna untuk menyepit mukanya.
Di luar kedengaran Juan membuli Jajang sambil menonton Pocoyo dan senyap seketika bila aku besarkan suara. Tertarik agaknya dengan aksi-aksi Pocoyo si Budak Biru.  
Aku masih ingat ia. Aku tidak pernah lupa akan ia. Dek kerana kesengalan melihat edge hijau di broadband kuning dan langsung bukan wcdma biru, aku akhirnya mengalah. Lantas perlahan-lahan aku membuka penutup benda itu. Mula membuka programnya sambil tangan kananku memegang skrin, sebelah lagi menaip.
Nah kan. Beza amat sih!…..biru semata kalau dengan lappy lama ini. Mungkin itu bezanya kalau benda kecik dengan benda besar. Ataupun mungkin orang yang jual lappy acer aspire one yang aku miliki sekarang ini merasa sengal dengan liputan jalur lebar tidak berapa memuaskan. Entahlah. Takkanlah tukang jual tu mahu bagitahu apa sebenarnya masalah lappy tu kan. Mestilah dia kata baik saja tiada masalah kak, jangan khuatir.
Jadi aku perlu tunggu dan lihat saja. Bak kata Abah JnJ :
“Aku beri masa seminggu untuk engkau menggodek-godek laptop itu, jika ada masalah, biar aku yang pergi kedai komputer jumpa orang itu. Orang tu langsung tidak cakap pun lappy itu second hand”.
~mak aihh, ndakkan dia mahu mengamuk di kedai sana bung?, matainya aku!~
signing off
p/s: bagi yang tidak faham entri ini, abaikan saja…aku sedang mengenang memori bersama laptop lamaku..
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

10 responses »

  1. habis tu laptop lama blh guna lagi x akak?

  2. tengkorakemas berkata:

    saya faham entri ni hehe hmm..yg lama tetap ada kelebihannya, yg baru mungkin ada jua kekurangannya

  3. LiFe KaMi berkata:

    ni kira luahan perasaan dulu la ye..:)

  4. Citarasa Rinduan berkata:

    nampak gayanya….lappy lama kamu sama brand dengan saya..

    alhamdullilah..dah hampir 2 tahun bersamanya…semuanya ok..

  5. @wani: ya-ya cik wani sayang..bukan wanie hehe
    -laptop lama bule guna kalu tekan skrinlah, nanti nak beli monitorlah. sekarang ni sangat perlu untuk resume 🙂
    @TE: benar, yang lama dilupakan jangan 🙂
    @LK: Aha..kiranya macam luahan perasaan jugalah sebab macam merajuk jerr lappy lama tu duk terperuk di sudut meja
    @siti: terima kasih singgah dan komen ya..lappy lama saya acer aspire 4315, yg baru ni aspire 1 d250 tapi 2nd..rasanya kalu jaga elok2 memang bertahan, cumanya kalu dah anak2 ikut sama campur tangan lain jadinya 🙂

  6. Citarasa Rinduan berkata:

    mama jnj–
    itulah lappy nie pun 2 tangan jer…hubby dan ayu…
    ayu guna aspire 1…
    oh yer..sama-sama..maaf lambat blogging..selalu sibuk dicitarasa rinduan,..malam nie lapang sikit tu yang jalan-jalan rumah kawan2

  7. azzey berkata:

    Mama JNJ: lappy yg pastinya byk berjasa ye!

  8. Anna Boleyn berkata:

    akak baru beli ke lappy ni? still ada warranty lagi tak?

  9. hana: service 3 bulan, part 1 tahun kecuali bateri dan software..orang sebelum ni baru pakai setahun..entahlah..minta-minta tiada masalah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s