Salam
Sebenarnya sudah dua hari online, tapi sebab talian jalur lebar sentiasa berwarna hijau jadi aku membuat keputusan untuk menumpukan kepada rancangan televisyen saja. Ohya, rancangan apa yang menarik masa cuti Deepavali?, rasanya tiada. Sebelah petang hari itu pergi 2nd Beach Tanjung Aru, sajalah bawa budak-budak ini. Ingatkan suruh diaorang mandi, tapi orang ramai, lagipun terlewat pergi bila sampai sudah dekat jam 5.30 petang. Sebelah malam pula jenuh tangan aku menekan-nekan remote diselang-selikan raungan JnJ sebab mamanya menganggu rancangan kartun diaorang. Paling-paling pun ada Mistress Of Spices lakonan Aishwarya Rai, filem yang diadaptasi daripada novel karya Chitra Banerjee Divakaruni yang juga diselang-selikan dengan rancangan perlawanan bola Abah JnJ. Jadi dengan hati yang redha, aku masuk bilik main game.

Berikut adalah beberapa quote yang aku kira menarik untuk dikongsi, ada berkaitan juga dengan kepercayaan masyarakat India.

Chitra Banerjee Divakaruni (The Mistress of Spices)

Each day has a color, a smell.
Each spice has a special day to it. For turmeric it is Sunday, when light drips fat and butter-colored into the bins to be soaked up glowing, when you pray to the nine planets for love and luck.
Chili, spice of red Thursday, which is the day of reckoning. Day which invites us to pick up the sack of our existence and shake it inside out. Day of suicide, day of murder.
Fenugreek, Tuesday‘s spice, when the air is green like mosses after rain.
Monday is the day of silence, day of the whole white mung bean, which is sacred to the moon.
Fennel, which is the spice for Wednesdays, the day of averages, of middle-aged people. . . . Fennel . . . smelling of changes to come.

Untuk ulasan dan sinopsis filem, sila cari sendiri ya kalau berminat. Tapi aku rasa kalau baca bukunya lebih menarik. Namun demikian bagi aku, lakonan Aishwarya memang terbaik.

Err..mana mahu cari buku dia tu ah? Macam bagus.

Signing Off

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

8 responses »

  1. sizuka[Izzati] berkata:

    aishwarya cantik gila kan sis.hooooo~suka gak tgok dia.heee~

  2. Pencacai Alim berkata:

    tapi dh tua tu..hakhakhak

  3. izzati: memang cantik..matanya besar hehe
    pencacai: tua? tapi masih cantik lho hak hak hak

  4. tengkorakemas berkata:

    apa tema filem ni kak?

  5. TE: rasanya cerita pasal rahsia rempah ratus dalam kehidupan masyarakat india, sebab cerita berkisar dalam kedai si Tilo @ Aish saja dengan rempah2nya..ada baik dan buruk rempah tu..baru akak tahu bila tengok..ada sesetengahnya pun benar juga..baik tengok hehe
    pencacai..betul tu..kalu tada mekap, tada lawa juga :-P, lawa juga ada, tapi muka tua..

  6. tengkorakemas berkata:

    @ Mama JnJ

    oho..mcm tu..boleh dicari ni hehe tapi stok hindustan sekarang tak bertukar-tukar pula kat kedai dvd tu..sama je..huhu

  7. err ok cuba lagi di lain kedai..hehe
    kalu da jumpa buku tu di mana-mana bagitahu akak ya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s