Salam
Dua tiga hari ini, bukan, dua tiga minggu ini hati bagai disayat-sayat. Sebabnya talian jalur lebar memaparkan EDGE Hijau di modem kuning itu. Hendak mengadu pada siapa, aku pun tidak tahu. Hari-hari mahu membalas komen dan kunjungan kamurang semua pun tidak berkesempatan. Ada kesempatan itu, cumanya malas sungguh menunggu bila habis ‘loading page’ yang akhirnya memaparkan ‘cannot open internet site’. Mungkin juga faktor cuaca yang kerap hujan baru-baru ini. Macamana mahu balas kunjungan, baca entri dan tinggalkan komen kalau begitu?. SEBABnya, EDGE Hijau. Bukan EDGE di bawah ini:
dulu layan dia ni, sekali ngan Jericho, The Rock sebab dorang tidak main kotor.
Tapi sekarang dia jahat sudah samalah dengan Jericho, sangal aku ngan gayanya tu!
sumber : Google
Disebabkan semua gangguan yang mengundang gundah gulana, termasuklah menyerabutkan kepalaku, aku mengambil keputusan untuk menelefon MEREKA, Perunding Mesra Digi. Bila telefon, inilah yang aku dapat dan aku kongsikan untuk kamurang yang menggunakan Digi, harap-harap berguna apabila kamurang menghadapi masalah seperti aku ini.
CARA-CARANYA IALAH:
Ikut saja langkah-langkah dalam gambar ini:
TOOLS-OPTIONS
OPTIONS-NETWORK TYPE-WCDMA ONLY-APPLYOK

Lepas tekan OK, uninstall Digi Internet, Restart Komputer/Laptop dan Install semula Digi Internet. Insya Allah berkesan. Sebab mungkin macam-macam posisi aku buat dengan modem aku itu, kuak lentang, kupu-kupu, mengiring, bertiarap, buka, pasang balik tetap juga EDGE. Jadi rasanya ada setting yang lari. Sebab itu makanya, apa-apahal pasal ketidakpuasan hati, silalah bertanya dengan Perunding Mesra mereka. Sangat mesra tau, tadi namanya Iza kalau tidak silap aku. Terima kasih Iza :-), aku mendapat kembali WCDMA Biru. Jadi masalah ini bukanlah disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu.
Untuk definisi WCDMA, kamurang boleh cari di sini kalau berminat mahu tahu ya.
TERIMA KASIH DIGI
digi.com.my
Selamat mencuba
(cheh entri serius kononnya…)
Sekian.
p/s :terima kasih kepada follower baru yang sudi mengikuti blog yang ini 🙂
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

3 responses »

  1. Pinung is VizarD berkata:

    hehehe..sy guna BB celcom..
    dah dua tahun..
    cara lebih kurang gak dgn celcom
    tp celcom pla 3G only..
    miahahahahahah…
    aku tak minat EDGE..
    The Rock minat lah..skg The Rock da tak main so aku tak tgo GOsti lagi…

  2. tengkorakemas berkata:

    hati2..ada org kuning sebelah kak tu..

    p/s:minat gusti juga ke?Edge sekarang jap baik jap jahat..Spear! Spear!

  3. pinung: iya? sama oh baiklah 🙂
    ya sekarang ni saya pun kurang minatlah

    TE:Tidak apa, puji bukan keji 🙂
    dululah minat sampai tengok lewat2 malam…sekarang langsung tidak tengok

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s