Salam
“Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more.”
Ya, ya aku tahu, perkara 25 ini sudah lama berlalu, jadi buah mulut dan buah isi entri blogger lain sudah lama. Aku saja yang ketinggalan disebabkan pelbagai kekangan. Aku telah di tag oleh tengkorakemas pada 31 Oktober 2010. Nah! rasanya mau dekat sebulan jugalah terperap dalam draf.

Tentang 25 

  1. Nama panggilan Anang @ Nang di kampung bermaksud anak kedua, nama sebenar macam nama anak perempuan SRK -_^.
  2. Bapa bangsa Irranun, Ibu bangsa Suluk, walau bagaimanapun sayang sekali dua-dua bahasa itu aku amat tidak mahir. Boleh juga bertutur dalam bahasa Bajau tapi Babag (maksud; tidak lancar)
  3. Anak kedua dari 6 orang adik beradik (3 perempuan, 3 lelaki)
  4. Waktu kecil-remaja-sangat pendiam, kurang bergaul.
  5. Tidak pandai memasak (masih belajar)
  6. Kuat merajuk (cheh) 
  7. Tomboi (dululah)
  8. Sangat tidak sabar (kena kikis)
  9. Sangat sensitif (ini yang kena kikis)
  10. Walaupun kerja-kerja dapur kurang dibuat, kerja-kerja di luar rumah contoh sapu sampah, tebas rumput, buang semak, bakar sampah amat mahir kiranya ambik peranan sebagai anak lelaki sebab adik-adik lelaki masih kecil. (Dululah)
  11. Suka melukis
  12. Suka menulis puisi
  13. Suka kumpul komik, novel grafik (dululah)
  14. Lauk kegemaran IKAN PANGI (ikan yang dijeruk dengan buah pangi) 
  15. Buah kegemaran Buah WANI @ KUINI dan TARAP…fuyooo sadap ooo
  16. Minuman kegemaran, bukan lagi gemar ketagih sudah -RED GUARA sebagai pengganti nescafe rasanya lagi berkhasiat khususnya untuk mak yang tengah mengandung ni hehe
  17. Tidak tahan sejuk 
  18. Sangat serius bila kerja (kerja pejabat hehe, dululah)
  19. Kepingin jadi petani moden, tapi Abah JnJ tidak merestui (buat masa ini, mungkin nanti)
  20. Mudah gugup bila buat ucapan, walaupun dalam mesyuarat (dululah masa masih kerja)
  21. Amat suka kucing, masa kecil tidur dengan kucing sampai kucing mati pun nangis dua hari, sekarang sudah kurang, entah kenapa.
  22. Masa kahwin, serentak dengan adik perempuan, kiranya yang pertama di kampung buat kenduri kahwin serentak ^-^.
  23. Suka Shawl + Pashmina + Selendang
  24. Kuat makan kecuali masa alahan mengandung
  25. Tidak tahan sakit, walau hanya demam pun boleh-boleh mengeluh dan menangis…adihhhh sandi
 Ikan Pangi sebelum dan selepas digoreng

Itu saja tentang aku, tiada yang istemewa, bak kata KRIS, aku wanita :biasa kadang ku kuat setegar karang, kadang kurapuh liar merana….(buang yang liar tu hehe)

Disebabkan tag 25 perkara ini sudah lama, jadi aku tidak akan tag rakan blogger yang lain, kepada sesiapa yang sudi boleh juga buat ya.

Fuhhh..selesai satu tag, ada 3 tag lagi. Nanti ya! 🙂
Sekian


Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s