Salam


En. GematriA dengan tanpa penatnya ‘mengetag’ aku lagi untuk contest Kawaii Gadget. Berikut adalah syarat-syaratnya :
1. Follow blog Kawaii Gadget . – Sudah follow 

2. Tajuk Entri : KAWAII GADGET’S CONTEST
3. Banner Contest

 

4. Lagu Latar ;

Lagu Creep oleh Radiohead ini bawa pengaruh besar dalam hidup aku semasa berkawan dengannya. Apa-apa juga kelakuanku yang menyakitkan hatinya ditanganinya dengan sabar, contoh kuat merajuk. Kepelikan sikapku yang sukar dihadapi oleh sesetengah orang kekadang membuatku menyesal dan menangis. Tapi dia tetap menerima aku seadanya. Terima kasih Jejaka berkulit hitam manis. Ini kisah yang mengikat kami :


http://www.4shared.com/embed/68169826/48283a15
 

Aku melambai kuat pada mak dan bapa yang berada di luar pintu balai berlepas. Hatiku sebak kerana inilah kali pertama aku berjauhan daripada mereka. Walaupun sebelum ini hati muda remaja ini memberontak jika dimarahi, ditegur, dinasihati sekiranya melakukan perkara yang tidak sesuai bagi seorang gadis seperti aku. Di sebelahku berjalan beriringan denganku, seorang jejaka berkulit hitam manis dengan muka sombong. Atau entah apa ekspresi yang ditunjukkan padaku aku pun tidak memahaminya. Seolah sedar aku merenunginya, dia berjalan laju dengan hanya membawa beg sandang lalu hilang sekelip mata di kerumunan manusia yang mula memasuki pintu kapal. Aku rasa sedikit risau sebab aku akan hanya hidup seorang diri di perantauan, nun di Sintok sana. Mak dan bapa tidak dapat mengiringi aku untuk mendaftar mahupun menemani aku semalam dua disebabkan keadaan bapa yang tidak sihat. Oh ya!, aku ada jejaka tadi. Dia telah diamanahkan oleh bapanya dan bapaku untuk menjaga aku sepanjang aku di sana. Huh!, aku rasa dia amat sombong walaupun kami berada dalam satu kelas yang sama sewaktu tingkatan enam. Dia pendiam, seperti aku juga, cuma bergaul dengan rakan-rakan lelaki di kelas kami. Jika pun aku berurusan dengannya, dia langsung tidak pernah memandang wajahku. Mungkin wajahku amat buruk pada pandangannya. Biarkanlah. Sesampainya di tempat duduk 10A, aku lihat dia sudah mula menutup mukanya dengan sapu tangan. Kami duduk bersebelahan. Jejaka ini memang merimaskan dan sungguh membencikan. Biarkan. Aku tahu dia juga merasa terpaksa untuk melaksanakan amanah bapanya dan juga bapaku. Disebabkan kedua-dua beliau saling kenal, maka bapaku merasakan adalah lebih elok kami menaiki kapal terbang bersama-sama dan selamat sampai ke Alor Setar seterusnya tidur di rumah makcikku sebelum bertolak ke Sintok. Tidak sampai setengah jam perjalanan, sudah terdengar dengkurannya. Aku merasa lucu, ketampanannya langsung hilang bila dia berdengkur begitu. Tiba-tiba, sapu tangan yang menutupi mukanya terjatuh. Aku terlihat air liurnya meleleh dan terus aku memandang ke luar jendela kapal. Aku ingin tergelak besar, tapi kutahan dengan kedua-dua tanganku. Tidak lama kemudian, kepalanya pula terlentok di bahuku. Mak aihh!!. Macamana mahu buat ni?. Aku lihat dari jauh pramugari datang membawakan makanan. Aku pantas berfikir apakah yang perlu dilakukan. Aku tidak sampai hati melihat dia begitu, walaupun dia sombong denganku. Perlahan-lahan kukuis lengannya dan menggerak-gerakkan bahuku agar dia terjaga. Dia tersedar dan terkejut. Aku menunjukkan pipi dan bibirnya dan terus memandang ke tempat lain. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Sama ada aku yang segan dan malu dengannya ataupun perasaan lain yang hadir. Sejak dari hari itu, aku meneruskan kehidupan sebagai pelajar dan hanya beberapa kali bertemu dengannya sebelum dia bertukar kursus semasa di universiti. Entah dia rasa masih segan disebabkan ‘tragedi’ dalam kapal terbang atau pun memang dia tidak mahu bertemu denganku lagi. Biarkan. Aku tidak kisah.Sehinggalah aku sewaktu semester akhir, dia berjumpa denganku dan meminta nombor telefonku.
Jejaka itu, kini telah menjadi suamiku. Kami tidak berkawan semasa di universiti, tapi setelah pulang dan dia masih menghabiskan semester akhirnya, barulah kami bertunang dan berkahwin. Jejaka hitam manis itu memang sukar diduga!

5. Tag 3 Orang Kawan Blogger

tengkorakemas
Aima
Lina
6. Komen, link back entri dan beritahu referral : En. Gematria
7. Tarikh Tutup : 13 Dec 10 (tarikh hari lahirku wink! wink!)

8. Hadiah dan syarat-syarat tambahan untuk contest ini sila rujuk di sini ya
Aku harap entri yang aku buat ini memenuhi syarat-syarat penyertaan contest. Terima kasih kerana kamurang sudi membacanya.


Sekian

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s