Salam
Siapa pernah tengok filem Battle Royale?, Belum pernah?. Oh ada juga yang pernah tengok. Dulu-dulu aku tidak ingat tahun berapa aku tengok filem ini. Di televisyen?, RTM mungkin atau TV3 atau  mungkin aku lihat melalui DVD. Aku memang tidak ingat. Memang ganas dan berdarah filem ini bung!. Hero dan heroinnya budak-budak sekolah saja, bertarung antara hidup dan mati demi untuk menentukan siapa pemenang unggul dan satu-satunya yang dapat keluar hidup-hidup dari sebuah pulau. Pada awal cerita,rombongan budak sekolah ini yang dalam perjalanan melawat suatu tempat telah dipengsankan menggunakan gas dalam bas dan bila tersedar semuanya sudah berada dalam bilik darjah sekolah di pulau yang terasing. Masa ini zaman kegemilangan J-Pop tau, K-Pop belum berapa menonjol lagi. Barisan para pelakon juga pada masa itu memang popular yang (yang pastinya bukan budak sekolah di alam realiti).

Diadaptasikan dari novel dan manga yang penuh kontrovesi Battle Royale, pelakon utama ialah Tatsuya Fujiwara (Shuya Nanahara), ala pelakon utama Death Note tu, Aki Maeda, Masanobu Ando dan beberapa pelakon yang lain.

Jadi, sesiapa yang berminat dengan cerita sebegini, bolehlah mencari dvd di kedai berdekatan anda ya. Kalau malas mahu cari, lihat sini saja ^_^.

Sekian.

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s