Salam
Masa bercuti di kampung hari itu, bapa membawa pulang dulang berisi makanan daripada kenduri arwah di kampung sebelah kami. Selalunya kenduri arwah yang disediakan dulang sebagai sedekah untuk para tamu atau fakir adalah sewaktu hari ke 7, hari ke 40 dan ke100 hari dalam masyarakat Irranun dan Bajau di Kota Belud. Di dalam dulang tersebut iaitu raga besar akan diisikan oleh makanan seperti nasi, lauk-laukan, kuih muih dan kerepek yang dibuat oleh penduduk kampung berkaitan. Walau bagaimanapun penyediaan dulang ini mengikut kemampuan keluarga yang mengadakan kenduri tersebut. Dulu-dulu masa kecil, aku suka kalau bapa balik bawa makanan banyak-banyak macam ini. Berjenis-jenis makanan yang ada, siap berebut lagi adik beradik. Sekarang suka juga, berebut dengan anak-anak dan anak-anak saudara. Hehe : Ayuh, layan gambar:
Dalam gambar pertama itu anak saudara aku, Fatihah @ Tiang sepupu Jajang, anak kakak aku .Orang cakap diaorang ini macam kembar tapi selalulah pula Si Jajang ini membuli dia sebab dia kecil sikit dari Jajang. 
Set sirih pinang itu yang paling terbaru diberikan dalam dulang, kalau dulu-dulu seingat aku tiada set itu. Kiranya untuk orang-orang tua yang makan sirih dan merokok daun tigur . Minuman bergas juga kiranya baru juga aku rasa dalam 5- 6 rahun kebelakangan ini. Makanan pilihan aku ialah BERATI atau PINAKEMBANG, pulut yang dikeraskan, sedap sebab masin-masin. Piusu @ ketupat daun palas juga menjadi pilihan sebab jarang-jarang orang buat kecuali hari Raya atau masa kenduri arwah. Kalu bernasib baik boleh jumpa di Tamu Ahad dan Tamu Rabu Kota Belud.
Itu saja untuk kemaskini blog aku. JnJ sedang mengganas di ruang tamu sekarang ini. Jumpa lagi.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s