Salam

Jentayu berlegar meranggas angkasa
semilir telah pulang ke pangkuan kemarau
sekawan dedaun kecoklatan berguguran
mendung tidak mengundang hujan
hanya kabus pekat melitupi jalanan

aku berdiri memandang langit
warna kelabu berjelaga di mataku
menunggu berkas-berkas  gemawan
tempias panas menyeringai memanah kulit
ini semestaku yang mutakhir, bilamana tengkujuh yang patutnya tiba
hujung tahun yang masih tak mahu berakhir
di mana aku berpijak di tanah yang semakin berkerak
menunggu detak detik musnahnya putaran kehidupan maya

Dec 02, 2010

~mamajnj~

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s