Salam
Dia menyepi lagi.
Dia sunyi selepas beberapa hari tunjukkan muka dan kata hai pada semua.
Dia menjangkakan sesuatu yang lebih.
Dia mengharapkan sesuatu keajaiban.
Dia menginginkan lebih ramai yang mendengar.
Dia membutuhkan lebih ramai yang membalas sapaan.
Tapi hampa.
Dia kini menyepi lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Mungkin seminggu, sebulan, setahun atau terus berhenti dari dunia yang baru saja dijejakinya.
Dia itu Aku, bukan Kau atau Mereka.
Status terkini:
bukan Shaun, ini kambing bijak
Tangki air besar di flat perumahan terpaksa dikosongkan, dicuci, dibersihkan sehingga menyebabkan ketiadaan air selama seminggu. Aku tidaklah mengibaratkan diriku, JnJ dan Abah JnJ sebagai k.a.m.b.i.n.g seperti tajuk di atas, kerana kambing rasanya bermandi-manda juga bila kena hujan. Kesimpulan, kami sekeluarga terpaksa balik kampung untuk menjamin kesinambungan penggunaan air dalam hidup kami. Rindu dengan kamurang semua, jumpa lagilah nanti, Insya Allah!
dark : terima kasih menghargai komen-komen mamabudak ini, akan dibaca kembali entri itu
eyriqazz @ gto : terima kasih singgah ke blog tidak seberapa ini, komen dan jemput sertai GA, kalau sempat akan dibuat sebelum 31 Disember 2010
Hifaz-phat : terima kasih jemput sertai GA, tag hari itu, akak belum buat lagi.
tengkorakemas : akak sudah tengok blog tu, sangat menarik! teringin akak sertai, tengoklah nanti, lagipun tarikh tutup dilanjutkan sehingga 31 Mac 2011. InsyaAllah (tapi rasa macam akak tidak setanding mereka)

Sekian

dari : kami.orang.kampungan.

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s