Salam

Ahad lalu aku menghadiri kursus pengendalian makanan di Wisma SESB, Tingkat 2 anjuran Akademi Intan Bandaraya. Bayaran kursus murah iaitu RM50. Tujuan aku mengikuti kursus ini sebab aku minat juga dalam perniagaan restoran. Memang dari dulu aku simpan hasrat untuk mengikuti kursus ini. Dalam masa sepanjang 3 jam, banyak yang aku telah pelajari. Pengetahuan tentang pengendalian makanan ini bukan sahaja dapat diaplikasikan oleh pekerja-pekerja restoran, gerai atau pemiliknya, orang awam juga dapat manfaat daripada ceramah yang diberikan oleh pegawai-pegawai penceramah. Setiap pengendali makanan adalah wajib untuk mengikuti kursus ini.

(betul ini. Aku mahu buka restoran bah nanti)

Initpati kursus adalah untuk mendedahkan peserta tentang pengetahuan asas pengendalian makanan dengan betul. Jadi di sini aku mahu berkongsi dengan kamurang semua apa yang aku dapat selama 3 jam kursus itu. Bukan semualah. Kalau kamurang berminat, boleh hubungi agensi berkenan untuk mengetahui kursus akan datang.

Antara perkara-perkara yang mungkin orang sudah lama tahu, tapi baru aku tahu :

-Makanan selepas dimasak, hanya bertahan selama 4 Jam sahaja dalam suhu bilik, jika sistem antibodi tidak kuat boleh menyebabkan keracunan makanan terutamanya kepada wanita mengandung, bayi, orang tua dan orang uzur
-Kuku yang panjang dan kotor menggalakkan pembiakan sejenis kuman iaitu E.Coli dan S.Aureus (teringat kuku yang aku jumpa dalam Nasi Goreng Ikan Masin di sebuah restoran)
-LILATI adalah Lipas, Lalat dan Tikus (aku tidak dapat menjawab soalan pada awal kursus sebab memang tidak tahu nama penuh singkatan ini)
-Ada 7 cara / kaedah mencuci tangan dengan betul (selalu tengok risalah tentang cara mencuci tangan dengan betul di tandas-tandas awam dan restoran, tapi selalunya aku tidak peduli, bila ditanya dalam ujian, aku jawab 10 langkah)
-Tempoh tindakan penutupan sesebuah premis makanan jika tidak mematuhi peraturan-peraturan makanan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 adalah 14 hari/2minggu (aku jawab 2 tahun, wink!-wink!, bikin malu saja)

(cukuplah, yang lain, kamurang kena hadiri sendiri kursus ini ya)

Jawapan aku pada ujian pertama memang panjang lebar, sampaikan orang di depan aku yang aku suruh hantar jawapan pun terbeliak matanya. Bila dia tengok aku, aku lemparkan pandangan ‘rambo’ padanya. Adakah patut, tidak payahlah tengok jawapan orang lain kalau untuk mengutuk. Aku ingat mukamu itu!

Kaki aku kejang sebab terpaksa turun naik tangga escalator yang tidak dihidupkan sebab hari Ahad. Handphone pula tinggal dalam kereta, terpaksa turun lagi ke Karamunsing untuk telefon Abah JnJ guna telefon awam dan naik balik lepas habis rehat. Bila aku mengadu padanya, dia kata:

“ laaaa, kenapa nda ikut lif, masa aku kasi daftar tadi aku guna lif.” Kata Abah JnJ

Mataku bersinar dalam remang-remang mendung tengahari itu.

Sekian

P/S: Ohya, setiap pekerja restoran kena dan wajib ambil kursus ini ya, tambahan lagi, jika didapati mana-mana pengendali restoran berkuku panjang kena kompoun RM200 kalau kedapatan masa itu ada pemeriksaan.
P/S 2: hari ini umurku genap 31 tahun, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana aku masih hidup sehingga umur ini. Tiada jamuan seperti biasa, cuma tadi kononnya mahu makan di Kak Nong tapi hujan lebat jadi tukar rancangan makan di KFC pula bawa JnJ.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

3 responses »

  1. ingin tahu berkata:

    bila lg ada tu kursus..aku pun jga ne tpi tau dmna mau btnya..

  2. ingin tahu berkata:

    bila lg akan diadakan tu kursus…sia pun betul2 brminat..klu ada lg tolong bagitau sia ar..

  3. anangsue berkata:

    mau kena tanya di dbkk juga tu yang akademi intan bandaraya, kamu tnya bhgian itulah latihan dan kursus, hari itu aku tau sebab baca di paper daily..so kena selalu alertlah dengn iklan2 ya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s