Salam
Semalam bawa JnJ pergi KFC sempena kononnya meraikan ulang tahun mamanya ini. Tapi dalam masa-masa sarat begini memang aku kurang bernafsu mahu makan makanan segera. Demi JnJ, kugagahkan juga. Sampai saja di sana, kebetulan ada tempat permainan budak-budak. Ngam!, memang diaorang ini tidak makan, main saja. Gaya main pula bukan alang-alang. Yang aku khuatiri Juan tolak Jajang dari tempat tinggi. Sekarang Juan memang SANGAT NAKAL. Ya Allah!. Di rumah atau di mana-mana saja dia membuli Jajang, buat perkara yang disengajakan bertujuan untuk membuat aku marah. Jadi semalam, sikit lagi Jajang ditolaknya., sebelum balik sempat lagi dia menumpahkan milo ais atas meja. Terpaksalah kami balik awal lepas makan. Dalam kereta, mencecer saja mulut aku dan Abah JnJ memarahi dan menasihati Juan agar tidak terlampau nakal. Biasalah budak-budak, bukan faham lagi. Tapi aku harap apa yang aku katakan, dia faham.
Dan kamurang tahu apa?
Bila sampai sahaja di rumah, masa tengah tidurkan dia sambil menyusu, Juan diam-diam. Ingatkan penat dan mengantuk. Bila aku isyaratkan Abah JnJ suruh tanyakan Juan. Juan jawab:
“Juan marah sama kamu” (yang mana perkataan kamu adalah perkataan pertama kali yang aku dengar untuk membahasakan kami.
“Kenapa Juan marah Mama sama Abah? ” Abahnya bertanya balik
” Sebab Mama sama Abah marah-marah Juan saja” Jawabnya. Tidak lama selepas itu matanya berkelip-kelip, berkaca-kaca seperti tanda-tanda yang ditunjukkan kalau dia mahu menangis cuma ditahan-tahan. 
Aku sebak. Abah JnJ pun terkelu. Aku bagi isyarat ‘sila pujuk Juan’ pada Abah JnJ.Rupanya dia sudah pandai merajuk, sudah pandai ambil hati.
Pujukan dan ganjaran yang dimaksudkan ialah : malam ini, kami akan keluar lagi dalam operasi membunuh Labah-labah di Boo-Boo Land untuk memujuk Juan.
Adoiiiii…sakit pinggang mak ni…sabar jaklah bung!
Sekian
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s