Salam
Dengan kejamnya si GematriA alias si Rambut ala Korean  itu ‘mengetag’ aku untuk menjawab soalan-soalan dari A sampai Z ini. Lama sudah tidak menjawab soalan peperiksaan, 2 tahun ponteng ujian SPA, jadi kemampuan berfikir secara logik dan bernas memang sangat kurang memberangsangkan. Apa-apahal pun aku cuba sedaya upaya juga.
Anni Soetardjo: sahabat FB dari Sampang. wanita ini sangat unik karya-karyanya, aku mengagumi setiap tulisannya, hingga setiap kali dia memaparkan sajaknya aku juga turut terilham.
Bapa : Dia sangat tegas, kami jarang berinteraksi dan bergurau senda, pernah menang hadiah sastera Sabah bahagian sajak, mungkin aku mewarisi minatnya tapi bukan bakatnya. Kali terakhir, sajaknya agak kontrovesi bagiku.
Lakaran ini belum sepenuhnya menjadi.
“..Setelah puas aku mencari, peluh mulai
bergenang di dahi, rupanya mejaku tersedia
di luar sana, dengan penuh tawaduk
aku agak tertunduk terasa malu, lalu keluar
mendapati mejaku kemudian penuh sopan
aku mempersilakan diriku duduk
Malam penyampaian Hadiah Sastera Sabah
di dalam dewan dekat dengan podium
hamburan dingin dari penghawa
melontar keringatpun tak akan sempat hangat..” petikan dari blog Hasyuda Abadi

Cheese : sangat lazat bagiku disisipkan antara dua helai Roti Paun ^_^
Dayang Suhana : namaku bersempena filem ini, ingat lagi Rubiah Suparman?, tapi tiada Dayang.
Emak : Yang amatku kagumi akan tahap kesabaran dan kesetiaannya~ Lakaran ini masih dalam proses pembaikpulihan, wajahnya tahun 80-an.
Faizan
Sahabat sehati sejiwa masa belajar di utara. Memang geng karas dan macam belangkas.
Gitar
Dulu sikit lagi mahu pandai main gitar, terinspirasi dengan Alanis dan Sheryl Crow, nasib tidak jadi penyanyi (tuluuuuuunglah)
Horatio Caine
Aku minat juga ni Gema, siap tengok ulangannya hari Ahad.
Ikan
Paling tidak suka baunya saat alahan hamil, yang mentah atau digoreng. Automatik muntah serta merta bila terhidu.
Juan dan Jajang
Kalau cerita pasal diorang, tidakkan habis. Mama sayang kamu!!
Kepet
Kepet adalah ketiak. Aku adalah antara manusia yang wajib menggunakan deodorant, jika tidak sila tutup hidung kamurang bila aku melintasi kamurang!!!! (kebocoran rahsia di situ).
Lukisan
Teringin lukisan sendiri dipaparkan atau bertanding dalam acara Karya Tahunan Negeri Sabah (Hello madam, engkau masih di tahap bawah lagi dari amatur!)
Harap-harapnya, diaorang ini lebih baik dari aku:
Migraine
Bila datang sakit ini, memang tidak boleh buat apa-apa kerja, makan ubat tahan sakit pun tidak berkesan. Ohya!, ada ubat yang lain Red Guara, gerenti sembuh dan berkesan pada aku.
Naruto
Sangat ketagih dengan manga/anime ini dulu, hingga sanggup mencetak tiap episod manga online dari internet dan menjilidkannya, sekarang tidak lagi..
Outlandish
Baiklah, tiada siapa kenal diaorang ini, sila google dan rasakan kelainan muziknya, ohya! Isam Bachiri si vokalis yang hangat di pasaran Denmark itu sudah beristeri.
Puisi
Sama macam GematriA- terutamanya sajak, pernah cuba menghantar karya ke Dewan Sastera, tapi sampai sekarang tidak disiarkan, masuk bakullah mengkali tu.
Queue
Paling menyampah bila beratur terutamanya di mesin ATM, orang potong depan tanpa rasa bersalah. Wah rasanya ingin saja memaki, tapi….ingat selalu: budi bahasa budaya kita lalalala.
Restoran
Minat terbaru pula. Tapi konsep restoran Cendawan masih menjadi tema utama. BANGSALku tunggulah satu atau dua tahun lagi.
S {Suhana, Syazwan, Syazharina, Samsuri}, {Suriyani, Suhida, Suhaili, Solehan, Suhaimi-adik-beradik} {Siban dan Saribani-Bapak & Emak}
-Kami keluarga ‘SS’ bukan Syok Sendiri ya
Tudung
Dulu jual tudung di Tamu Kota Belud, memang sambutan bagus, cumanya terpaksa pindah balik KK.
Ulat
Sangat geli geleman. Tolonglah!. Kali terakhir terjumpa ulat dari sayur kacang panjang. Salah sendiri sebab potong dan cuci sayur tidak fokus, sampaikan ulat ikut mandi dalam masakan.
Vandalisme
Berlaku di rumah sewa ini, bila JnJ menconteng dinding rumah dan merosakkan harta benda yang bukan milik kami, bukan juga milik awam, sampaikan di badan diorang sendiri pun penuh oleh contengan masing-masing. Oh! Aku kekeringan idea untuk huruf ini.
Warisan Wanita Terakhir
Sanggup membodek kawan untuk membelikan kaset Teacher’s Pet ini sempena hari lahirku dulu. Chin di mana sudah kamu sekarang?
Xena The Warrior Princess
Layan cerita Lucy Lawless ini dulu-dulu. Tagap-tagap bah dia ini, tapi tinggilah pula.
Yay!
Suka sebut perkataan ini sekarang walaupun berada di tempat dan masa yang tidak sesuai.
Zest
Sabun yang paling aku minat dulu sebab wangi dan segar lepas mandi ^_^

Seterusnya : Tag kawan-kawan blogger lain, calon-calonnya ialah:




yang ini terpulang pada kelapangan kamurang ya, tidak wajib 🙂

Sekian dan Selamat Menjawab Tag Abjad ini 

p/s: pertama kali mengautopublishkan entri, maklumlah, kalau di kampung bye-bye gaban talian internetnya….

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

One response »

  1. Pencacai Alim berkata:

    kepet-ketiak..hakhakhak..1st time dgr

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s