Salam


Untuk melangsaikan hutang-hutang award, dengan ini aku menggabungkan 2 award sekaligus bagi menjimatkan masa. Atas sebab-sebab ada masa terluang, jadi aku selesaikan entri berkenaan award seperti berikut:


Award 1 : Interesting Blog Award dari TengkorakEmas 
Terima kasih daun keladi, kalau ada tambah lagi ^_^


  • Nama Blog dan kenapa anda letak nama itu 
The World Of Carang Kulina, sebabnya sila klik entri ini untuk penjelasan jika kamu berminat untuk tahu.
  • URL blog anda dan dari mana datangnya idea itu. 

http://theworldofcarangkulina.blogspot.com dan sama dengan cerita entri yang aku linkkan di atas.

  • Apakah kaedah dalam penulisan blog anda?

Kadang-kadang ada idea terus menaip dan terbitkan. Sekali-sekala buat deraf, terutamanya sajak. Penulisan adalah menjurus kepada kehidupanku sebagai seorang ibu, isteri, adik, kakak, kawan dan anak, cerita-cerita anak-anak sepanjang pembesaran mereka,aktiviti-aktiviti riadah dan cuti. Ada ketikanya meluahkan perasaan melalui lukisan, lakaran  dan sajak. Termasuk benda-benda yang menyebalkan, tapi cuba mengelak untuk terlalu ekstrim. Diulang lagi pada entri ini, aku mengambil berat pandangan orang lain terhadap aku. Kalau ada pun, aku cuba mengelakkan untuk memperkatakannya secara melampau. Bukan berlagak baik, tapi aku cuba kekalkan hubungan baik yang ada tanpa menyentuh sensitiviti individu lain, kaum lain, negara lain walaupun melalui penulisan kita dapat menyampaikan apa yang kita rasa dan dengar. Tapi aku memilih untuk berbaik-baik dengan semua. Peace Yo!. Jika ada pun pengetahuan atau ilmu yang aku rasa patut untuk aku kongsi dan memberi manfaat kepada semua, dengan ikhlasnya aku akan membuat entri mengenainya.

  • Apa perasaan anda bila tengok blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak. 
Rasa rendah diri tetap ada, manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki, dipunyai. Walau bagaimanapun buat masa ini, aku berpuas hati dengan keadaan, susun atur blog aku yang tidak seberapa ini. Atas kekangan masa, keadaan diri yang dikira sarat ketika ini, keperluan JnJ yang harus diutamakan dan pengetahuan tentang dunia blog serta pengurusannya yang belum dikuasai sepenuhnya, aku memilih untuk bertenang dan menunggu masa yang sesuai untuk mengubah keseluruhan penyampaian blog. Akan tetapi, intipatinya tetap sama, aku dan lingkunganku sahaja.
  • Bilakah blog anda diwujudkan? 

2009

  • Siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda? 

kakak 

  • Sila tag 5 org lain untuk menerima anugerah dan serahkan syarat syarat ini.
akan diberitahu melalui shoutbox kawan-kawan blogger ya

Award 2 : Blog Cantik dan Menarik juga dari TengkorakEmas 

Kriteria ini diperlukan untuk blog-blog ditag mengambil award ini iaitu menjawab 6 soalan ini:
  • Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?
Pandangan ikhlas aku mengenai blog tengkorakemas, beliau mempunyai bakat besar dalam bidang design, isi blog beliau mencakupi seluruh aspek kehidupan dan yang paling utama beliau ada berkongsi pengetahuan tentang agama, falsafah kehidupan dan yang paling aku hormati adalah etika berblog yang menjadi prinsipnya. Jenguklah blog tengkorakemas dan hayati nilai-nilai etika tersebut. Bukan menyanjung, bukan memuji, tapi bagi aku etika berblog seperti yang dinyatakan adalah yang terbaik untuk diikuti.
  • Kenangan manis dalam hidup anda?
Diterima masuk menyambung pelajaran, disatukan dengan Abah JnJ, memperolehi cahayamata sepasang yang sangat aktif yang menyerikan hidup kami.

  • Kenangan pahit dalam hidup anda?
Hanya sedikit terlewat menghantar kertas ilmiah hingga menyebabkan pointer tidak mencapai tahap yang aku cita-citakan pada semester akhir. Aku sangat kecewa kerana individu yang bertanggungjawab menyemak kertas ilmiah tersebut tidak langsung mempertimbangkan keadaan aku yang pada ketika itu sudah berada di Sabah. Kertas Ilmiah aku berkaitan Demokrasi yang diperjuangkan oleh Aung San Suu Kyi di Myanmar yang mana ketika itu beliau masih dalam tahanan rumah. Aku amat berharap sekurang-kurangnya mendapat A- atau B+ untuk kertas ini kerana telah memerah seluruh tenaga, masa, wang dan seluruh penumpuanku ketika menyiapkan kertas ilmiah ini. Tokoh wanita yang memenangi hadiah Nobel ini amat unik dan aku mengagumi beliau. Mengikut beberapa sumber, Datuk Michelle Yeoh akan memainkan peranan sebagai Aung San Suu Kyi untuk filem berkenaan tokoh tersebut. Jika sekiranya tiada halangan, mungkin namaku tersenarai dalam penerima ijazah kelas kedua atas, ya! lebih baik daripada kelas kedua bawah kan?. Walau bagaimanapun tiada gunanya mengenang perkara yang sudah berlalu. Mungkin sudah takdir aku dan aku harus menerimanya.
  • Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
Tidak. Aku perlu melakukan sesuatu untuk mengubah hidup cuma belum sampai masanya. Aku hanya menunggu. InsyaAllah, Dia maha mengetahui.

  • Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai?
-kerja tetap
-petani moden @
-ahli perniagaan yang berjaya
  • Tag 5 orang untuk award ini.

Akan diberitahu melalui shoutbox juga.


Sekian untuk entri berkenaan award. Ada lagi yang lain tapi terpaksa ditangguhkan dahulu.

~kami.orang.kampungan~

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s