Salam
Tadi baru sampai dari kampung. Abah JnJ cuti kelmarin dan hari ini, aku berklinik di KB saja. Susah kalau klinik swasta, laporan dalam rekod ibu dan anak itu tidak lengkap. Sudahnya kena bebel oleh jururawat di klinik desa pula. Ada betulnya. Lepas habis di klinik desa, sambung pula di klinik kesihatan ibu dan anak ambik darah, adalah juga 45 minit menunggu. Sekarang sudah rasa kebas-kebas tangan, kaki bengkak, leher muncul garis-garis hitam, kepet pun ada. Sangat hodoh terutamanya kepet. Lepas itu, kalau baring terpaksa perlahan-lahan memusingkan badan ke sebelah atau ke sebelah lagi. Tangan sudah muncul urat-urat hijau. Langkah sudah semakin perlahan. Duduk atau berdiri lama pun pinggang sudah kebas. Betis sudah mula kebas setiap kali bangun pagi. Terpaksa pakai stokin selepas sapu minyak gosok.
Baiklah, cukup tentang 3rd J, segan rasanya bila masa tengok pangkat pakcik kahwin hari itu terjumpa dengan ibu kepada kawan sekolah dulu. Dia cerita, masa awal kehamilan anaknya juga muntah-muntah, loya-loya, mual-mual. TAPI!, dia tahan, dia lawan, dia bertahan sebab kata ibunya ini, mungkin anaknya bekerja sebagai jururawat, boleh lihat macam-macam gaya orang sakit, macam-macam kesakitan dan maut jadi semangatnya tinggi. Bukan macam aku (dalam hati saja), muntah sikit, mengadu di blog, mual sikit mengadu di blog, tidak dapat puasa sebab hyprem pun mengadu di blog, semua pun mahu mengadu, kononnya buat simpanan blog. Aiyaaaaaaa….lepas ini tekad mahu beli diari bertulis untuk tahun depan.
Ini cerita Juan.
Dari kampung terus ke tadika di Sembulan untuk tengok-tengok keadaan sebelum hantar Juan bersekolah di sana. Ada dua tadika yang dicadangkan oleh Abah JnJ. Yang sebelah kanan dulu yang kami tengok. Sebelah kiri nampak macam ekslusif. Bila masuk dan bincang-bincang dengan penjaga @ cikgu di tadika sebelah kanan akhirnya aku bersetuju. Esok Abah JnJ bayar dan daftar Juan. Bila mahu masuk kereta aku tanya Juan.
Juan nanti pergi sekolah yang itu ya (sambil tunjuk tadika sebelah kanan).
Nda mahula. Balasnya
Napa pula? tanyaku.
Juan mahu pergi sekolah ‘Abang’ yang itu (sambil tunjuk tadika sebelah kiri)
Aku terkulat-kulat sambil memandang Abah JnJ dari cermin kereta tengah. Sebab apa, tadika ‘abang’nya itu ada aircond, ada taman permainan, ada lukisan-lukisan. Memang cantik. Baguslah nak, Juan sudah pandai memilih-milih.
Sekian
~kami.orang.kampungan~
p/s ; aku pun tidak tahu ‘abang’ siapa yang dimaksudkannya….
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s