Salam
Tidak habis dengan projek, projek, projek. Projek yang hangat-hangat ta** ayam saja. Dulu pun mahu buat projek pastel konon, tapi akhirnya warna-warna pastel telah menjadi alat permainan Juan dan Jajang, berpatahan sebab mahu ikut melukis macam mamanya. Tapi kali ini projek lain pula, aku harap keterujaan aku tidak terhenti sekerat jalan. 
Jika tiada aral, adik lelakiku akan berkahwin hujung bulan Januari 2011. Makanya, aku telah ditugaskan untuk mengurus bunga telur dan cenderahati untuk majlis ini. Dua hari yang lalu aku ke Segama buat tinjauan harga, Abah JnJ dan JnJ tinggal dalam kereta sebab tahulah kalau budak-budak ini ikut, habislah barang di kedai orang diusik dan paling teruk pun dipecahkan macam barang sendiri.
Bunga telur ini dibeli di Pekan Kota Belud, bukan aku yang buat. Aku tambah isi sahaja. Khas untuk majlis berkhatan beramai-ramai pada 11 Disember 2010 hari itu di Kota Belud. Kebetulan, kakak aku kerja di Kemas dan di suruh mengurus perihal bunga telur sempena majlis itu. Benda-benda begini aku memang suka. Dulu-dulu, ibuku aktif buat bunga, sajalah untuk hiasan di rumah dan aku pembantu tegarnya. Sekarang tidak lagi, entah kenapa aku pun berhenti membuatnya. 
Untuk majlis kahwin adikku nanti, aku terfikir untuk membuat sendiri bunga telur untuk cenderahati (minta-mintalah jangan separuh jalan), manalah tahu kalau terlalu sarat nanti tidak mampu teruskan. Rasanya boleh mengkali. Insya Allah.
Yang di bawah ini cerita lain, ini cerita pagi Isnin.
Si anak dan ibunya sedang bersantai di beranda untuk sambil menunggu abahnya siap mandi. Si anak sedang memegang telefon bimbit dan menawarkan diri untuk mengambil gambar ibunya yang duduk di atas kerusi dekat ampaian di beranda luar rumah neneknya yakni mentua ibunya.
“Bah kalau mau ambil gambar, ambil semua ok, semualah nampak kaki juga ” kata ibunya
Sianak mengangguk tanda faham.
gambar pertama, nampak pula ibu jarinya, ambik lagi sekali
ibunya tidak berpuas hati sebab mukanya terlalu marung di situ, ambik lagi sekali
“jangan lupa, ambil gambar kaki juga tau” tegas ibunya.

nah mama, puas hati? dengan urat-urat ibu jari dan kaki adik pun masuk sekali..wkwkwkwkw

Ini Ah Chong si Tukang Gambar dan Si Ah Moi Si Tukang Sorak:

jan marah aa mama, i lap u full!!

Sekian
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

3 responses »

  1. Pencacai Alim berkata:

    kenduri kawen penat tapi sronok..mcm2 ragam sedara blh jmpa..

  2. betul tu PA…bila mahu kahwin??
    hakhakhak

  3. dya adriza berkata:

    haha kelakar!! comel la diorang nih.. hehe pandai buat lawak tau

    eh?? td komen bentuk lain huhu.. tiba2 jd cmni. aiyak!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s