Salam
Hari ini bangun seawal dari biasa. Sangat bersemangat untuk keluar mencari bahan-bahan bunga dip/stokin. Siapkan segala urusan diri dan rumah sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Sediakan sarapan tiga jenis : nasi goreng tauhu, popia goreng dan tempe. Juan dan Jajang lewat bangun dalam pukul 9.00 pagi. Bila semua selesai kami pun bertolak. Sarapan di Rimbun Cafe sebab budak-budak tidak makan sarapan yang aku sediakan. Kecewa juga. Tapi selalunya kalau diaorang teruja mahu keluar berjalan, memang tidak lalu makan.
Sesampainya di Rimbun Cafe, lengang. Amat jarang terjadi sebab rasanya cuti-cuti begini pelajar-pelajar yang tinggal di University Apartment memang memenuhi meja-meja makan di situ. Aku pun tanya Abah JnJ.
“Kenapa nda ramai orang hari ini aaa?”
Diam sejenak. Abah JnJ pun ikut berfikir.
“Laaaaaaaa…………….kan Krismas!, patutlah ndada orang. Atukuiiii!!!” suaranya hampir menjerit.
Aku memandangnya terkulat-kulat. Menelan air liur terasa kelat. Menggerakkan badan pun terasa berat. Memang pasti kedai-kedai ditutup hari ini. Sungguh PASTI. Dan rancangan untuk meninjau-ninjau bahan-bahan bunga itu akan terpaksa ditangguhkan jua ke satu tarikh yang tidak pasti.
Kenapalah aku amat linglung???
Sekian.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s