Salam
Malam ini sunyi betul. JnJ sudah lama tidur. Kelelahan bergusti sesama sendiri. Tidak larat mahu larang lagi, suka hati diaoranglah, yang penting jangan sampai cedera. Risau aku, Jajang sekarang ini suka pula tengok WWE. Dia gelar rancangan itu ‘Abah Marah’. Aiya, macam-macam imaginasi budak-budak ini.
Sunyi sebab, hampir semua blok di flat ini tiada berpenghuni. Semua balik kampung. Ada yang bercuti, ada yang merayakan Krismas. Kami juga yang tidak balik kampung. Sebab sudah dua atau tiga minggu berturut-turut balik kampung saja. Yang buat aku tidak larat, kemas barang-barang baju dan benda-benda lain untuk balik kampung. Sudah tidak boleh duduk lama-lama bung!. Sakit pinggang. Tapi betul, suasana sunyi macam ini sepatutnya banyak idea mahu tulis, tapi tidak juga. Tadi ada tengok Anugerah Skrin sekejap. Tapi sakit mata tengok pakaian artis wanita. Aiyaaaa…. Akhirnya layan game Plantasia memandangkan talian jalur lebar tidak berapa bagus.
Rasa teruja untuk projek kahwin adik belum hilang. Hati berkobar-kobar untuk mereka bentuk sendiri bunga-bunga telur dan cenderahati. Tinggal tunggu masa dan fulus saja. Esok mungkin keluar lagi meninjau-ninjau di Segama. Bila tengok di blog craft pasal bunga-bunga ini, lagilah teruja sebab semuanya cantik-cantik belaka. Begitu juga dengan harganya. Terutama sekali bunga dip. Kena guna cecair Q-Dip. Puaslah pula aku cari di mana mahu mendapatkan cecair itu untuk buat bunga dip secara online tapi tiada juga jumpa. Sangat cantik aku rasa berbanding bunga stokin. Mulalah jari-jemari tua ini melakar-lakar reka bentuknya macamana:
err..ini bukan serangga.
Itu sajalah kemaskini untuk blog. Terima kasih kepada pengunjung dan blogger-blogger yang sudi follow blog ini. Keep in Touch and Happy Blogging! 🙂
Sekian.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s