Salam
Seharian semalam tiada selera menghadap blog. Asyik berkepit dengan budak ini saja. Ulit-ulit dia, peluk-peluk dia, cium-cium dia sampai rasanya dia rimas. Mana tidak, hari ini dia sudah mula sekolah. Rasa tidak lengkap aku kalau dia tiada di depan mata. Entah macamana hari ini. Semalam tengok berita ada budak yang nangis dan tidak mahu ditinggal emaknya di dalam kelas. Itu tahun 1. Juan baru masuk tadika. Dilema betul aku fikirkan macamana budak ini di sekolahnya nanti. Bila aku tegaskan dia berkali-kali, Juan pergi sekolah ya!. Nda mauuuu katanya. Puaslah pujuk banyak benda di sekolah yang dia akan suka, masih juga cakap tidak mahu. Kadang-kadang mahu pula. Satu motivasi yang boleh disandarkan adalah beg Ben 10 baru yang dia pilih sendiri di Kompleks Karamunsing hari itu.
Aku tiada menemani dia hari ini. Teringin mahu pergi tapi terpaksa harapkan Abah JnJ juga. Harap-harap dia baik-baik saja dan mahu ke sekolah nanti. Berkali-kali pesan dengan Abah JnJ, jangan bawa kereta laju-laju, pakai tali pinggang, kalau Juan kotorkan kereta dan buat u a u a dalam kereta abaikan saja, jangan hilang fokus masa memandu disebabkan Juan saja. Sebelum ini ke mana-mana mesti aku dan Jajang ada, jadi aku boleh tengok-tengokkan JnJ dalam kereta. Habis berbidu telinga Abah JnJ disebabkan pesanan daripada aku.
Semalam, tercari-cari pembaris Ultraman yang dibelikan awal bulan lalu. Korek-korek bawah sofa, tiada. Bongkar koleksi permainan diaorang pun tiada. Bawah katil dan segala ceruk rantau rumah pun tiada. Entah ke mana. Sedih pula tengok pembaris yang dia pakai itu sudah luntur warnanya. Hari itu mahu belikan dia lengkap satu beg pensil dengan isi-isinya. Tapi dia hanya pilih pensil dengan buku saja. Nasibmulah Juan. Tengoklah hari ini macamana. Jajang pun mesti tertanya-tanya ke mana Juan. Sudah tiada kawan bermain bergasak hari-hari. Dengan mamanya pun tidak boleh, sarat betul sudah. Layan kartun sajalah mengkali.

Semoga tiada apa-apa berlaku. Semoga dipermudahkan olehNya. Insya Allah. Juan engkau sudah besar. Jaga dirimu….jangan buli anak orang ya dan jangan biar dirimu dibuli juga!
Sekian.
p/s: langsung tidak boleh tidur mengenangkan Juan. Sejak dari tadi tidur peluk dia sambil renung-renung matanya…huhuuu
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s