Salam
Masalah Komen
-Kali ini aku menghadapi masalah dengan komen-komen daripada kamurang semua. Aku guna IntenseDebate (ID), dalam masa yang sama guna komen Blogger. Kadang-kadang dapat tengok komen antara kedua-dua-nya. Kadang-kadang dapat tengok komen ID saja, yang memang automatik diterbitkan. Kadang-kadang dapat tengok komen Blogger saja yang memang aku terbitkan semuanya. Sekarang ini hanya dapat tengok komen daripada ID saja. Maaflah kepada yang komen biasa di Blogger tu ya, aku sudah terbitkan, cuma aku tidak nampak mungkin disebabkan talian jalur lebar kesayanganku ini semakin manja. 

Juan berjaya dimandikan dan disiapkan
Setelah tiga hari cuba memujuknya untuk bangun awal mandi dan dipakaikan baju tadikanya, baru hari ini berjaya memujuk. Tapi tiada janji-janji manis lagi. Kali ini penuh dengan ketegasan dan keseriusan. Lihatlah dia Ganteng Buanggettt!!! heheheee
Bunga dan Bunga dan Bunga Lagi
-Setakat ini sudah menyiapkan sebanyak 77 bunga telur biasa. Aku amat lambat dalam hal-hal sebegini.Rasanya sudah 2 atau 3 minggu aku bermula. Yang menyebabkan aku lambat adalah proses membuat kelopak-kelopak. Nah itulah, siapa suruh mengakun-ngakun jak buat semua ini. Walau bagaimanapun, tiap satu yang siap memberikan kepuasan pada diriku dan motivasi agar lebih berusaha dengan gigih dan jangan berhenti sekerat jalan. Ganbatte Mamajnj!
boleh jadi prospek ni..mengkalilah….kalu aku rajin
She’s 30 weeks, She’s Ok!
-Kenapalah tajuk ini pula. Sudah scan ‘dia’. Dia sihat, Alhamdulillah. Buat aku teruja dan bersyukur betul. Semoga segala-galanya akan selamat. Walau nyerinya masih terasa dua tahun yang lalu. Oh tidak!. Ini kelebihan seorang ibu. Aku mohon kuatkan semangatku ya Allah untuk menghadapi saat-saat getir itu.
Nampaknya senarai semak semakin membukit. Aku akan cuba sedaya upaya mencuri masa untuk menjawab tag, tag award dan tag contest ya kawan-kawan.
Sekian
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s