Salam
Bila balik kampung hari itu dengan tujuan melepaskan rindu dendam dengan keluarga, mempertemukan cucu dengan datuk dan neneknya berserta mertua yang tidak jauh daripada rumah sendiri, juga melawat adik yang baru bersalin anak ketiga, terdengar pula berita sedih. Seorang ibu yang sekampung denganku telah kehilangan anak yang dilahirkan berusia sebulan disebabkan Jaundis.Bayinya sudah berusia sebulan. Hatinya dikatakan rosak. Ini akibat demam kuning atau Jaundis yang berkemungkinan tidak dirawat dengan baik. Al-Fatihah.
Zaman Juan dan Jajang memang tidak lari dari demam kuning ini. Macam-macam cara rawatan dilakukan selain daripada rawatan di hospital, kami juga ada berikhtiar dengan rawatan tradisional. Apa itu jaundis atau demam kuning bagi yang belum tahu, sila ke laman ini. Ada banyak lagi info berkenaan jaundis, kamurang boleh google ya. Selalunya kalau aku, kakak dan adikku yang bersalin, ibuku masakkan sup ayam atau sup lokan untuk memperbanyakkan air susu, sentiasa kejutkan bayi untuk disusukan, dan minum banyak air suam. Lagi kasihan jika kita melihat tangan bayi sekecil itu dipicit-picit untuk mencari urat dan diambil darahnya. Alhamdulillah, dalam masa seminggu, sudah ada tanda-tanda penurunan demam kuning tersebut. 
Kepada bakal ibu yang mempunyai sejarah bayi yang mempunyai demam kuning perlu bersedia mental dan fizikal. Kalau tidak kuat susah juga. Macam aku masa melahirkan Juan, maklumlah anak pertama, belum lagi dengan masalah kembung, masalah kuning dan menangis dengan kuat hingga kami semua risau, aku sering hampir patah semangat. Nasib ada Abah JnJ dan keluarga. Memang masa itu, sokongan keluarga amat penting.
Macamana rasanya berpantang sendiri-sendiri?……tanpa ibu dan keluarga. Aku ingin mencubanya.

Penampakan tangan gedabak-bengkak kebas segala, dulu jari jemariku runcing :-P. 
Doktor kata kurang zat besi. Aku kata biasalah masa mengandung segala gejala-gejala keluar. Itu yang indahnya, boleh dikenang masa sudah kembali kurus.

Sekian
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s