Salam
Syukurlah kebas-kebas di tangan sudah berkurangan. Lepas ini selalunya timbullah pula kejang-kejang otot pada betis dan kaki yang menyebabkan gejala Suster Ngesot berlaku pada diriku. Misalnya bila ‘kekreman’ kaki melanda, aku terpaksa merangkak dari satu tempat ke satu tempat untuk bergerak. Lepas itu selalunya gejala sesak nafas, sesak hidung pula berlaku sehinggalah masa kelahiran, kontraksi. Wow! itu yang paling kugeruni. Mahu dekat sudah kalau begitu (padahal dua bulan lagi).
Teringin mahu tengok filem Suster Ngesot ini. Tapi tidak apalah. Mungkin lain kali. Segala genre seram dan berdarah harus dielakkan dan tidak baik untuk ibu-ibu mengandung ya tuan puan. Ngankung dan Kak Limah dikecualikan.
Kerja-kerja bunga terbengkalai, bahan tidak cukup. Aku ada buat bunga baru berwarna ungu. Ya, warna kesukaanku.
belum siap lagi, tambah riben dan net lagi
yang ini sudah siap rasanya. Harga RM2.30. Ecehhhh. Bukan untuk dijual. Lagipun masih dalam proses peningkatan daya kreatif bagi menghasilkan bunga-bunga telur yang ‘marbeles’.
Jumaat ini balik kampung dan bermulalah era kesunyian dan kesepian dalam blog dunia si carang kulina ini. Kepada kamurang yang sudi bertandang, aku ucapkan berbanyak terima kasih.
Sekian
p/s : masih mencari nama yang sesuai untuk adik JnJ……
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. CIK CIRA berkata:

    wa..kretif ea…pandai wat bunga telur

  2. CIK CIRA berkata:

    wa..kretif ea…pandai wat bunga telur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s