Salam
Tidak semena-mena, terjiwang dengan Runaway: Kanye West feat Pusha T (Video Version)
Seakan-akan terngiang ada sebuah lagu seperti itu pada masa lalu——-
masa lalu yang memoriku hanya tinggal sekerat
sekerat lagi terpadam dengan sendiri
dan jiwaku semakin kelabu
kesal bertamu dengan apa telah terucap
cuba lari sejauh dan sepantas yang aku boleh untuk lupakan 
aku cuma tidak bisa
yang telah terjadi, tetap kan terjadi
-ini bukan translasi runaway—

Let’s have a toast for the jerk-offs

That’ll never take work off

Baby, I got a plan

Runaway fast as you can


.
.
.
.
.
.
~Serius, aku tidak faham makna lagu ini, maklum BI masa SPM pun setakat baguih dok ada saja. Ada sesiapa boleh tafsirkan?~Tidak pernah pun sebelum ini melayan si Kanye West yang gila award ni. Orang lain dapat award, dia pula melenting.
Berada di kampung, bertungkus lumus menyiapkan hiasan tambahan untuk bunga telur. Berklinik tadi di Klinik Desa. Adik jururawat bagitahu kencing kotor, darah pula 10.3.

“Kak makan apa bah tadi?”
Soto daging dik
“Minum?”
Red Guara
“Laaa…patutlah” ….dan berjela-jelalah penjelasan tentang keburukan kafein yang diproses. Aku boleh terima, untuk kebaikan aku juga dan 3rd J.
Bila cek kedudukan bayi, berulang-ulang dia dengar jantung bayi. Dibelek-belek, dilenggang-lenggangnya perutku. Masih tidak jumpa denyutan. Berdebar-debar pula. Mukanya pun pucat. Percubaan kali ke 8, baru jumpa. Suspen, di manalah dikau bertapuk sayang?
Oh ya, besok sudah mula kira pergerakan bayi. Teruja. Lagi satu yang bikin aku berdebar:
“Silalah buat persediaan bersalin ya kak, cuci baju-baju lama kakak atau abang dia, seawal ini”
Errkkk…kalau dia cakap macam tu, rasa-rasanya macam mahu dekat sudah. Sedangkan baru 33 minggu.
Sekian
p/s: maaf tidak dapat menjenguk blog kamurang dan balas komen mahupun pesanan-pesanan di shoutbox. Talian jalur lebar memang ‘terbaik’ di kampung aku.
Oh ya, kepada yang mahu tengok video itu, awas! ada wanita tidak lengkap berbaju di situ. Terima kasih 😛
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s