Salam



Semalam melayari muka buku, sajalah tengok-tengok status orang, di samping status sendiri. Eh?, aku belum bagitahu kan yang aku sudah kembali ke muka buku. Dulu aku pernah patah hati di situ, tapi kembali juga. Apalah. Tapi kan, seronok juga tengok gambar saudara-mara dan kawan-kawan yang jauh ni. Kadang-kadang boleh tersengih dan kadang tertawa seorang-seorang bila tengok status kawan yang lucu.Yang menarik juga kalau ‘notification’ penuh..hehehe. ‘Bongga’ lah tu.


Sebenarnya aku mahu cerita pasal ini:

Project Raksasa Doodles 


Tengkorak Emas yang mencadangkan pada aku untuk menyertai projek ini. Terima kasih TE. Sajalah aku hantar contengan aku yang aku sendiri pun tidak tahu apa motif contengan itu. Namanya saja contengan kan.Memang buruk, tapi tidak sangka diaorang paparkan juga. Aku mahu beri tajuk ‘pengait’ tapi tidak sesuai sebab watak itu wanita.

Jadi inilah dia :





Rasa terharu juga kalau ada orang yang menghargai hasil karya kita kan, walaupun sekadar contengan. Kalau tengok semua contengan atau lukisan di situ memang MENARIK, sangat-sangat MENARIK. Macam-macam boleh dilihat. Aku rasa macam mahu menghantar lagi contengan tapi tidak pasti kalau tarikh tutupnya sudah berlalu.
Errr: Sebenarnya, mahu ucapkan pada Jannah, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Nur Syazanna, Allah selamatkan kamu!
Umurnya sebulan hari ini. Besar sudah sumandak aku ini:
Mama sayang kamu, dan Abang Juan dan Kakak Jajang, dan tak lupa Abah JnJnJ
Nur Syazanna : 02 Mac 2011, 2.47 PM, Weight : 2.8 Kg
Semoga menjadi anak solehah ya sayang!
Sekian
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s