Salam
Tadi bawa Jannah ke klinik untuk berjarum umur sebulan. Jarum Hep. B. Biasalah klinik kerajaan, engkau datang pagi, engkau siap tengahari.Maaflah aku cakap tapi ini realiti di mana-mana tempat pun. Mula-mula macam itu masa Juan dulu memang sengal, siap ‘komplen-komplen lagi’, alah skemanya aku masa itu, macamlah klinik itu bapa aku yang punya (kalau klinik bapa aku pun aku nda berani komplen bung!, ada karang mendengar bebelan mautss). Temujanji jam 10.30, kena panggil jam 12.30 tengahari. Sabar sajalah. Yang kesian budak-budak. Sekarang ini keluhan itu makin tidak kedengaran lagi sebab sudah biasa. Kalau engkau ke klinik swasta pula (maaf cakaplah), bila ramai orang lagilah sengal menunggu, tapi tengok kliniklah. Setakat ini untuk kes jarum-jarum budak ni, memang ke klinik kerajaan.
Dipendekkan cerita (memandangkan sekarang aku suka buat entri pendek-pendek, maklumlah bila-bila masa Jannah akan memanggilku pulang ke tilam untuk menyusuinya), bila namaku dipanggil tengahari itu teruslah ditemuduga oleh jururawat di sana. Aku suka dia, mesra alam. Dan yang penting dia ambil berat pasal bayi (menurut pemerhatian akulah), puji-puji Jannah yang tengah tidur, siap periksa Jannah sebab aku mengadu pasal kahak Jannah. Aku risau sebab Jannahku sekarang batuk- batuk dan kini berkahak pula, entah sebab cuaca atau habuk di bilik aku pun tidak pasti. Sebab kalau kata Juan atau Jajang yang selesma batuk, nahi mungkinlah. Yang paling aku risau, kondisi Jannah yang kerapkali ingin muak tapi tidak muak(muntah).Sudah bawa ke klinik swasta 2 kali, dua-dua doktor cakap, jangan risau, itu normal, hanya mukus saja. Aduii. Bila jumpa dengan doktor di KKIA tadi, dia periksa perut, dada, mata, demam Jannah, sambil tekan-tekan perut Jannah dengan kuat (itu yang nda tahan tu).
Doktor : kalau mau tengok bayi itu ada masalah pernafasan, kita sendiri pun boleh tengok, kalau dia bernafas banyak dalam satu-satu masa tulang di dadanya atau perutnya akan masuk ke dalam, itu tandanya ada MASALAH. Setakat ini dia ok, soo.. tidak payah bagi ubat. You kasi terus itu BF sajja…
Laaa..itu saja konklusi dia?. Malas mau tanya lagi, ucap terima kasih dan kami keluar. Oh ya sebelum itu aku ada tanya pasal kebas-kebas di tangan, dia cadangkan apa?
Doktor : oh itu normallah, you kasi buat exercise saja you punya tangan, genggam buka, genggam bukalah…
Menyesal aku tanya.
Lepas ini kena cari dalam internet pasal bayi berkahak ini. Tadi ada jumpa info bagus. Kamurang yang berminat boleh ke sini ya. Mungkin akan berjumpa doktor lain lagi dalam dua tiga hari ini.
Moga Jannah cepat sembuh, insyaAllah
ada juga gambar mamabudak ni….menyampah betul..ingat apa? gadis semasakah????
Sekian.
p/s : sajalah tu tayang bintik hitam, pori-pori liang roma di muka tu yang teda berbedak itu.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s