Salam
Hai blog.
Sejak balik ke flat sewa Telipok ini, selain memakan makanan berkhasiat dan baik untuk berpantang (baiklah tu kononnya), aku jadi obses dengan coklat. Padanlah pun, berat masa bertimbang selepas bersalin hari yang ke 15 ialah 55kg, bila bertimbang balik masa Jannah berklinik sebulan hari itu masih 55kg jua. Macam tidak percaya aku tidak akan dapat balik berat badan 47kg itu. Mustahil-mustahil.
Tabiat pemakanan yang tidak menentu, sekejap kata mahu kurangkan berat badan selain penurunan semulajadi oleh penyusuan susu badan, ditambahi dengan menu coklat setiap hari, manakan turun berat tu bung?. Jangan mimpilah.
Abah JnJnJ lagilah menjulur saja, demi isteri yang baru bersalin, apalah salahnya sebiji dua coklat setiap hari kan kan kan?. Cadbury, Kit Kat, Nips (paling aku suka sebab ada kacang dan kismis). Yang sadisnya, siang dan malam lepas makan nasi, kunyahan utama ialah kacang pagoda. RM3.00 di kedai india di bawah itu, ditambah dengan RM3.00 reload setiap hari, belum masuk coklat. Oh ya biskut krim kraker (RM3.00) lagi celup dengan Anmum Lacta atau V-Soy (RM3.00). Itu belum masuk lagi selera Juan yang hari-hari selepas balik dari tadika minta beli milo, keropok, chispmore. Lingkup Abah JnJnJ dengan belanja harianku dan Juan. 
google
google
Nota Tengah : V-Soy memang bagus. Kalau tengok kandungannya semua yang diperlukan oleh ibu mengandung ada di dalamnya. Rasanya pun memang sedap. Aku syorkan pada kamurang. Bukan saja aku sukakan V-Soy, Juan pun suka, sampai dia yang menghabiskan satu kotak V-Soy itu tanpa sempat aku meminumnya.
Akhirnya Abah JnJnJ kata:
“Cukup umur Jannah 3 bulan, kau kerjalah tempat kawanmu yang kasi janji kau kerja tu, rasanya macam anakku 5 orang sudah kalau diikutkan seleramu ni”.
Kui Kui Kui. Kena lagi aku.
Sekian
p/s : di’publish’ dan di’edit’ oleh Abah JnJnJ
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

One response »

  1. decrewz berkata:

    Jauh jugak beza 47 ngan 55 tu..he3

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s