Salam

Hai blog.

Dedikasi : Nur Syazanna

Tanpa Tajuk

dia bunga harum mewangi
harum mengasyikkan
menolak rawan pawana jauh dari lubuk jiwa
memalit senyum sengih di wajah sepanjang hari
wajahnya penyejuk hati
hadirnya ibarat gugurnya salji di tanah kemarau bungkam
susuknya penyejuk baran di kala amarah meramba
desah risau gelisah hilang tak semena-mena
penambah seri ramainya saudara sedarah
senyapnya sanggup dicari suara
dengkur dan nafasnya halwa telinga
bau aromanya bak pewangi taman yang selalu dirindui
perinya permanis raga
kulit halusnya dambaan sentuhku
siang dan malamku tak lagi sama
senyumnya kuigau-igau
tangisnya irama kegemaranku
senyapnya bertambah sarat rinduku
ruang kosong telah diisi
dia anakku
dia yang kusayangi
nukilan:
mamajnjnj
yang membuai dunia, menggoncang dunia
atau tidak………
Sekian
p/s : semoga panjang umurnya dan menjadi anak solehah, Insya Allah……………..

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s