Salam

Hai Blog!.





Puting Babau a.k.a Puting Tiruan a.k.a Puting Kosong

Dua hari ini Jannah macam tidak cukup tidur. Sebelah pagi berhabislah kami anak-beranak ‘bergayut’. Terpaksa tangguhkan sarapan pagi, mandi pagi disebabkan dia tidak mahu ditinggalkan walau seminit. Terpaksalah masak, mandi dan makan dengan Jajang sekitar jam 12 tengahari atau jam 1 petang. Masa itu memang dia sudah kenyang dan nyenyak tidur sampailah jam 5 petang. Yang kasihannya Jajang sebab terpaksa menunggu mamanya ini siap masak barulah dapat makan. Sebelum itu dia menyusu 2 kali buat alas perut. Lagipun budak gendut itu manalah biasa makan roti-roti atau bun untuk sarapan. Balik-balik masuk dapur tanya gula-gula saja. Kalau aku mencuci sebelah pagi alamatnya sebelah petang baru dapat jemur kain. Masa itu matahari sudah turun. Kalau mahu masak untuk esok, malam-malam atau lebih tepat sebenarnya pagi-pagi jam 1 atau 2 masa Jannah sudah nyenyak tidur , mengupaslah aku bawang-bawangan dan segala bahan-bahan untuk masak esoknya. Memang padat jadual hari-hariku.






Kemaskini blog ada masa pula kan?


Aku berfikir untuk memberikannya puting babau (puting kosong/puting tiruan). Masa Juan dan Jajang dulu memang ada aku bagi pakai tapi sekejap saja dalam masa 2 atau 3 lepas pakai, diaorang sudah berhenti hisap puting babau/tiruan/kosong itu. Jadi aku cuba jugalah dengan Jannah ni. Masalahnya, dia tidak suka pulak.

nda sukalah mama puting babau ni….
(siap buat muka menyampah lagi bila aku bagi puting tu, 
yang anak panah tu puting babaunya)

pastu cover mulut sekuat-kuatnya bila aku cuba sumbat dimulutnya balik. 

Sebenarnya puting babau ini nama femes puting tiruan di tempat kami. Aku pun tidak pastilah asal-usul nama puting babau ni. Kalau google pun tidak akan jumpa definisinya. Banyak juga info yang aku jumpa bila aku cari pasal kebaikan dan keburukan puting babau ini. Antaranya yang aku rasa penjelasan yang lengkap dan mudah difahami ialah blog Dr Azman ini. Yang menakutkan bila baca tentang SIDS (boleh baca di blog beliau dan cuba google untuk keterangan lanjut). Palis-palis.


Kerak/Karak Susu/Ruam Susu/Craddle cap


Kening si Jannah di gambar atas tu macam tiada berkening. Ada semacam kerak atau kuping yang tumbuh di kening dan ubun-ubunnya. Dulu Jajang pun ada di ubun-ubun. Punyalah susah mahu kasi hilang. Keras dan melekat. Terpaksa sapu dengan baby oil atau minyak zaitun dan lepas itu lama-lama hilang juga. Ataupun basahkan kain basah dan sapu di tempat kerak. Dikatakan kerak ini gatal dan membuat bayi kurang selesa. Lagi sakit kalau mula berair. Yalah kan, macamana pula dia mahu garu gatal-gatal di kepala dan keningnya tu. Mungkin juga itu yang buat dia menangis-nangis. Yang berminat baca pendapat umum tentang kerak/karak/ruam susu atau kuping ini, silalah ke link ini. Banyak info berguna di yang boleh diperolehi di situ walaupun sekadar pengalaman ibu-ibu yang mana bayinya mengalami kerak susu tapi apa salahnya dicuba.

Isnin ini Abah JnJnJ akan ke Rawang, berkursus. Balik kampunglah kami semua anak-beranak selama seminggu. Hujung bulan ini atau sekitar bulan Mei, kami merancang mahu buat kenduri bergunting rambut untuk Jannah. Lambat sikit. Tunggu Jannah besar-besar sikit barulah balik kampung. Masa hari itu awal-awal tidak sempat buat sebab banyak masalah, Jannah kena demam kuninglah, banjir di kampunglah. Harap-harap perancangan kali ini menjadi, insyaAllah.

Hari ini atau esok, genap sudah 44 hari tempoh pantang. Bersemangat juga. Bukan apa bolehlah makan lauk-lauk kegemaranku, yang mana tidak memberi kesan buruk pada Jannah. Lepas ini mengogglelah diriku ini akan resipi-resipi terbaik untuk dicuba dan untuk menambahkan lagi berat badan. Nda kisahlah gemuk, berlemakkah yang penting air susu banyak demi Jannah. Belum ada lagi istilah diet-diet dalam fikiran aku sekarang ini.




Lagipun Abah JnJnJ cakap kalau aku chubby (masa pregnant hari itu) sikit-sikit kiut kunun daripada kurus kering meringkai kompeni tidak pakai kata bapaku………







effect saja lebih tu, cover-cover bergambar dalam kereta lagi…….

memang perasaan gilak kiut chubby-chubby………………



Sekian


Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s