Salam
Hai Blog
Entri sebelum ini aku tulis anak saudaraku pengsan dan pitam masa perhimpunan kan?. Sebenarnya, maklumat yang aku terima tidak sampai, atau tidak lengkap. Ini gambar yang aku ambil masa kami melawat dia tadi. Doktor kata ada fracture di tulang muka. Cerita sebenarnya adalah lain daripada entri yang aku tulis. Namun begitu masih menjadi ‘misteri’ bagaimana dia jatuh, dari mana dia jatuh sebab kalau luka-luka yang tengok di gambar ini, mesti dia jatuh dari tempat tinggi kan?……

Dijadikan cerita, diaorang ini ada latihan bercerita. Jam 3.30 (jadi bukan pasal laparlah) dia ada makan nasi goreng sebelum latihan. Bila masuk dewan latihan (bukan sebab panaslah, dalam dewan) dan giliran dia untuk mempersembahkan ceritanya (jam 4.15) , dia pitam. Jam 4 sampai jam 4.45 cikgu-cikgunya belum jua buat apa-apa seperti memaklumkan kepada ibunya. Jam 4.45 barulah ibunya ditelefon pihak sekolah. Ditelefon pun untuk menyuruh ibunya ambil dia di sekolah dan bawa di hospital. Adakah??????????

Sepatutnyalah kan, bagi pandangan aku dan keluargaku, pihak sekolah disamping memaklumkan insiden itu kepada keluarga, mereka bertanggungjawab terhadap pelajar yang berada di bawah jagaan mereka memandangkan masa itu masa persekolahan. Kenapa perlu tunggu sampai dia sedar dari pengsan barulah maklumkan kepada ibu bapa dan yang teruknya suruh lagi ibunya mengambil dia bawa pergi hospital. Kalau dalam tempoh masa itu, budak ini tidak sedar atau koma, siapa yang harus dipersalahkan?, keluarganya sebab lambat bawa dia pergi hospital?, atau pelajar itu sendiri sebab dia pitam?. Tentulah pihak sekolah kan?. Pendapat akulah. Adakah patut.

Belum pernah lagi terjadi perkara ini dalam keluarga kami. Aku harap lepas ini pihak sekolah lebih bertanggungjawab atas pelajar-pelajarnya. Bukannya diaorang tiada kereta untuk hantar pelajar ke hospital. Mereka mesti ada polisi-polisi yang berkaitan tentang kebajikan pelajar di sekolah mereka bukan?

Nasiblah tiada kecederaan dalaman. Kalau ada mungkin terpaksa bawa perkara ini lebih jauh lagi. Kamu faham maksud aku.

Disebabkan salah faham tajuk entri sebelum ini, aku teringat tentang salah satu aktiviti masa sekolah, atau orientasi di universiti tapi tidak ingat pula apa nama aktiviti tersebut. Cikgu atau fasilitator akan bagi sekeping kertas yang bertulis beberapa patah perkataan kepada pelajar pertama untuk dibisikkan kepada pelajar kedua, ketiga dan seterusnya dalam bulatan. Kesimpulan akan diperolehi pada pelajar terakhir apa maklumat yang dia dapati daripada pelajar-pelajar yang membisikkan maklumat tersebut kepadanya. Hasilnya mesti sudah berubah. Ditokok tambah, berkurang atau langsung tidak berkaitan. Kalau ada berkaitan pun hanya sedikit sahaja. Inilah akibatnya kalau maklumat yang disalah erti, kurang difahami atau tidak jelas, makanya akan mengakibatkan salah faham juga.

Tapi pasal tanggungjawab pihak sekolah itu, aku memang masih berharap akan ada pengajaran disebaliknya.

Oh….hidungnya tu mancung, bapanya pakistan (ex-husband kakakku).

Sekian

p/s masih di kampung sampai selasa depan, talian internet..macam biasa siput sedut. 

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

One response »

  1. Kay Masingan berkata:

    ya, patut pihak sekolah- guru terus bawa ke klinik or hospital bukannya panggil ibu bapa yg dtng ambil dan hantar ke hospital..semoga anak saudara ni cepat pulih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s