Salam
Hai Blog
Dulu masa bercinta, lambat sikit balas sms, merajuk. Lambat sikit angkat telefon merajuk. Apalagi kalau lambat banyak. Alamat dua tiga hari tutup telefon. Jumpa tepi jalan pun angkat muka, panggil-panggil nama pun buat tidak tahu. Merajuk sangatlah itu.
Ini bukan cerita dulu lain sekarang lain.
Entah mana aku letak diari coret-coret abang hitam manis ini. Semalam ada lagi, jangan jadi buku contengan budak-budak sudahlah. Itu senjata aku untuk buat dia redam kemarahan. Kacau dia, usik dia dengan kata-kata yang dia tulis dalam diari itu, satu ketika dulu.
Bukannya apa pun. Dia tulis sms aku dan dia ulas balik. Kiranya jawapan dialah kepada sms aku yang dia tidak sanggup hendak balas takut melukakan hati aku.
Budak lelaki tulis diari?. Ala, bukan semua. Dia termasuk orang yang pelupa. Dia takut dia lupa dia pernah sayang aku macam itu satu ketika dulu.
Lucu. Lepas baca diari dia mesti aku gelak tiba-tiba. Kalau dia tanya aku kata tiada apa-apa. Teringat sesuatu.Teringat lagu Kotoh Tiwas
‘Ketawa-ketawa, inda pandai jera, kotoh!”
Serius. Lagu ini lucu.
Ada lagi, bila sampai satu perenggan dalam diari abang hitam manis tulis :
“aku nda taulah macamana mau teruskan hidup, dia sms tadi dia kena risik oleh ustaz di kampungnya”
Ketawa-ketawa lagi.
Bila masa aku dipinang ustaz, aku pun tidak ingat. Mungkin sengaja meraih simpatinya, mungkin betul aku langsung tidak ingat.
Bila aku ungkit balik, dia jadi tersipu-sipu. Malu, sebab risau aku akan menyangka dia lemah bila aku tidak ditakdirkan untuk menjadi surinya. Risau aku di sebalik sosok tubuhnya yang gagah itu tersimpan naluri kelembutan bahawa dia juga berhak bersedih akan kehilangan orang tersayang.
Segala peruk rajuk, pekik, bantai pintu kereta, tekan hon panjang-panjang, tumbuk cermin kereta. jeling bengkek, senyum simpul, masam-masam manis ada terakam di situ maksudnya diari tidak rasmi si abang hitam manis, tahulah aku perasaannya yang sebenar padaku. Itu memori melankolik.
Cumanya sekarang, aku lebih merasa mello dengan ketiadaannya di sisi ketika ini. 
Bukan apa, teruklah aku dikerjakan JnJnJ selama 10 hari ini. 
Dia pergi kursus di Rawang.
Nasiblah ada ibu, kakak dan adik-adik memberi bahu tempat bersandar lelah. Memberi sokongan ketika diri makin rebah oleh amarah. Menghulur tisu waktu linangan air mata mencurah-curah. Apa-apapun keletah jnjnj dan tindak balasku, moga-moga segalanya dapat kukawal tanpa dia di sisi dan yang penting aku ada Dia untuk menyerah. Cuba fikirkan tentang ibu-ibu tunggal tabah di luar sana, lagi derita dan tidak banyak bantah. Hidup mesti diteruskan!

Kesimpulannya di sini : Mereka dan keluarga mereka tidak akan menghargai apa yang dimiliki, kecuali bila sudah kehilangannya………………
Sudah jam sembilan lebih, dia belum telefon lagi.
Apa boleh buat. Dia kursus dalam kem ala plkn dekat hutan, mana ada line.
Rindu. Seperti rasanya bila di dipindahkan ke Kapit selama 6 bulan lebih 2 tahun yang lalu. Makin jauh, makin banyak rindu.
Tiwas ko, siapa suru jual tambirang jual mahal.
Catatan ini memualkan?
Alahhh..bukan selalu aku bernada romansa dengan blog aku ni.
Sekian
p/s: yang di atas tu, kekasih awal akhir aku, yang halal taukkk!….
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

3 responses »

  1. c rina ba ni berkata:

    alahaiiii…begini pula kisah kau zaman2 kapel dulu-duuuulu…
    betul ba kau pernah kena risik oleh pak ustaz?? pewwitt…cayalah… hihihi.. : D

  2. c rina ba ni berkata:

    tapi jaga-jaga, pak ustaz pun kena tengok jugak. tak semua ‘pak ustazzz’ berkelakuan macam pak ustaz.
    errk…aku cuba jadi ‘jahat’ pula di sini… @__@ peace!
    pernah lihat depan mata ba… TOINK!!!!
    hoho…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s