Salam

Hai BLOG!

Walaupun sudah berhabis berpantang, tidak minum air sejuk, tidak makan lauk yang bisa-bisa, tidak makan buah atau sayur yang sejuk-sejuk, pakai stokin walaupun tempoh berpantang 44 hari sudah habis, masih juga aku diserang kambuh. Inilah yang dinamakan ujian dariNya. Tapi orang cakap walau lepas 44 hari pun ada potensi untuk diserang bentan, uri atau kambuh.
Pedih tulang belulangku, ngilu sendi-sendiku, panas badanku mencecah 39.3. Baju berlapis-lapis kusarungi, tetap juga terasa dingin yang mengigit kulit-kulitku. Sudah dua hari masuk hari ini, aku makan panadol saja. Bukan apa, kalau pergi klinik dan hospital susah mahu angkut budak-budak ini, mesti ribut punyalah. Nasiblah besok cuti, jadi mungkin ada kesempatan pergi tempat makcik yang pandai berurut. Lagi satu, mungkin sebab aku belum bertangas dari hari bersalin sampai sekarang, jadi aku diserang kambuh. Ini yang kedua kali, yang pertama kali masa hari keempat atau kelima hari itu. Tapi lepas makan panadol, terus hilang. Yang ini sandi sampai 2 hari berturut-turut. Si Jannah yang kasihan sebab mamanya kurang aktif dibf sebab sakit, jadi berayun sajalah. Masa di kampung baru aku mula ayunkan Jannah dengan buaian. 
Ada kakak yang tolong jaga anak-anak kakakku di rumah ini bagitahu mungkin itu ‘uri penat’. Sebab masuk angin, ditambah lagi dengan keadaan yang terkejut-terkejut masa menyusukan Jannah, tahulah kan kalau tidur terganggu macamana rasanya memang kena migrainlah. Kalau siang lagilah Jannah bangun saja, ada masa tidur pun dua tiga minit, lama-lama berkumpul jadilah migrain tu.
Masa Juan dan Jajang ada juga kambuh tapi sekali saja. Masa itu aku berubat pakai daun tigur (nipah) yang dinyalakan di celah-celah rambut. Mama aku yang tolong buat. Lepas itu makan panadol dan sembuh. Sekarang ini sudah 4 biji panadol 650 dan 4 biji panadol 500 yang aku minum, sekejap saja rasa elok, tidak lama datang balik sejuk itu, diikuti migrain di kepala sebelah kiri.
Walau apapun aku harap moga kambuh ini tidak berterusan sampai beberapa hari. Kesian Jannah. Kalau Juan dan Jajang tu memang perhatianku pada mereka kurang sebab asyik saja di bilik sebelah (bilik kakakku). Diaorang main game, suruh mandi, suruh keluar pun langsung tidak mahu.
Sekian
p/s kambuh tanpa kehadiran Abah JnJnJ….. 😦
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s