Salam
Hai Blog.
ibuku dan para ibu-ibu yang dekat denganku
suriyani (ning-kakak), puan Saribani (ibu)
Aku sayang kamurang semua!
Abaikan muka Juan. Dia memang suka buat muka macam itu.
Gambar ibu masa majlis angkat sumpah tyt awal tahun ini (di tengah, tudung coklat). Berkumpul semua saudara mara dari kg tambisan, sandakan ini setelah lama tidak berjumpa. Kalau diaorang berjumpa semua pun cakap bahasa suluk. Kami pun tidak faham. Rugi betul dari kecil kami tidak belajar cakap suluk. Tapi walaupun berapa tahun tinggal berjauhan, ibuku masih pandai bercakap suluk. Yalah kan memang dari kecil itu bahasa diaorang. Ibuku adalah anak saudara tyt sekarang. Memang jarang berjumpa, dalam dua tahun mungkin sekali saja. Pertama kali dan paling terakhir aku berjumpa dengan tyt, masa jamuan hari raya di rumah datuk Armani, adik tyt di Likas. Segan betul kami masa itu, tapi buat-buat rilek sajalah. Masa itu tyt masih lagi jadi speaker. Masa majlis angkat sumpah, kami ada juga dijemput, tapi semua pun segan mahu datang, mestilah pakai baju glamer-glamer sikit, tapi manalah sempat mencari lagi. Ibuku saja yang datang dengan adikku, tapi adikku pun tidak masuk. Gambar ini pun tidak berapa jelas, dari sepupu aku. Manalah sempat bawa kamera sebab kebetulan hari itu kelam kabut juga diorang jalan.
Masa aku kahwin, datuk Armani ada datang waktu malam dan ikut merenjis.Masa adik aku kahwin ada juga dijemput, tapi kedua-dua mereka sibuk tidak dapat datang. Datuk Armani hanya sempat menghantar sms kepada ibuku mengatakan bukan rezeki kamilah itu mungkin, kedua-duanya ada majlis yang perlu dihadiri masa itu, tapi berpesan akan cuba sedaya-upaya datang jika adik-adikku yang tinggal dua orang itu berkahwin.
yalah kan, orang besar-besar. Kami ini orang kecik-kecik saja….huhuu
Ibuku adalah orang yang paling sabar, paling kental, yang pernah aku kenal mungkin sebab telah kehilangan ibu diusia yang muda menjadikan dia kuat dan sabar menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Walaupun begitu, cara kami menunjukkan kasih sayang agak berbeza. Tidak ketara. Mungkin hanya perasaan mendalam yang disimpan dalam lubuk hati bahawa kami saling sayang menyayangi itu kuat walau tidak diluahkan.
Sekian
kami.orang.kampungan
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s