Salam
Hai Blog!
Aku percaya akan kekuatan susu ibu. Baru kini aku percaya. Baru kini aku sedari bila kena batang hidungku sendiri. Juan selama dua hari ini demam berlarutan. Disebabkan antibodi yang kurang, demamnya, sakitnya agak lambat sembuh. Sejak dia demam, kami paksa tuam dengan tuala (walaupun dia mengigil kesejukan), bagi minum ubat demam (paksa lagi), bawa pergi klinik swasta dua tiga kali. Berjaga sampai pagi jaga suhu badan Juan. Lepas minum ubat, turun demamnya, 4 jam berikutnya naik balik sampai 39.6. Sampailah tadi, setelah dua klinik abah jnjnj bawa dia, akhirnya aku suruh bawa Juan ke hospital pula, tengok apa dorang akan kata, sebab sebelum ini kedua-dua doktor di klinik bagitahu yang Juan demam disebabkan batuk yang lambat sembuh. Bayangkan dia batuk dua minggu lepas makan ubat apa pun tidak juga kurang. Abah JnJnJ aku paksa juga bawa Juan pergi Hospital Likas. 
Bila diaorang sampai, doktor bagitahu memang sebab batuk itu yang buat dia demam. Adui. Bila di hospital tadi, panasnya sampai 40. Ya Allah!, kalau aku ada masa itu memang aku panik jugalah. Nasib aku tinggal di rumah dengan Jajang dan Jannah. Satu perkara lagi doktor bagitahu, berat Juan 16kilo sepatutnya boleh bagi ubat 10ml bukan lagi 5 ml. Err..aku baru tahu ok?. Memang aku baru tahu perkara ini. Patutlah tidak pandai turun demamnya sebab bagi ubat pun separuh saja. Belum lagi dimuntahkan separuh sebab katanya rasa ubat berwarna merah jambu (yang sebenarnya berwarna oren) itu pahit. Tapi syukur Alhamdulillah, kata doktor lagi batuknya itu beransur sembuh, teruskan dan habiskan saja ubat dari klinik sebab itu hospital tidak akan beri lagi, kecuali jika dalam masa seminggu tiada perubahan, Juan diminta datang balik.
Kesimpulannya di sini:
Aku menyeru kepada ibu-ibu di luar sana, susuilah anak kamurang dengan air susu kamu, googlelah sebanyak mungkin maklumat tentang kebaikan susu ibu. Bukan mitos lagi, kadang-kadang mentua dan ibu-ibu kamurang pun mengesyorkan susu tepung pada anak-anak kamurang, termasuk ibuku sendiri, berikan alasan yang baik dengan pengetahuan yang kamu ada tentang penyusuan sepenuhnya dan penyusuan eksklusif. Jangan jadi macam aku yang kesal bila jadi perkara begini atas sebab ketidaktahuanku untuk menyusukan Juan selama mungkin selepas kelahirannya hinggalah aku bekerja dulu.
Macam ahli politik pula, menyeru-nyeru nih!
Apa-apahal pun, aku bertekad, dengan Jannah, InsyaAllah aku akan teruskan usaha PE atau PS ini. Hujung bulan mungkin akan mula mencari-cari botol susu untuk stok susu. Balik kampung, bongkar stor cari balik pam susu Pigeon yang terperuk entah boleh pakai atau tidak lagi. Tawakal sajalah. Sakit juga kalau beli baru, harga bukan alang-alang. Mahu pakai Avent dan Medela konon….lainlah kalau aku kerja, sangguplah aku ikat perut untuk kumpul duit beli pam susu, demi untukmu Jannah!
Lagak Juan lepas balik dari hospital malam-malam buta…
Last but not least……
(haku pun nda tahu apa makna percakapan orang putih yang diitalickan di atas itu, sila terjemahkan untukku)
Sekian
p/s begitu kasihnya aku akan Juan sanggup berjaga hingga sepagi ini untuk memeriksa suhu badan sambil-sambil menuam……….sambil-sambil berenang……..sambil-sambil minum air……sambil-sambil memblogkan diri setelah bercuti dua hari……..
AbahJnJnJ pesan “jangan membazir nang……………………..,duit reload untuk engkau berblog dan berfacebook itu boleh beli ikan untuk lauk dua hari tauuuuuukkk”………..
aku tunduk insaf dan bertekad untuk mencatukan kredit telefon sejak dari itu.
panjangnya p/s
mak oiii ada lagi………………..
END.
mamabudakyangngokngek
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

One response »

  1. Pencacai Alim berkata:

    susu ibu plg bagus antara semua susu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s