Salam
Hai Blog!
Alhamdulillah, Juan sudah sembuh, cumanya tunggu dua tiga hari lagi batuknya masih ada, cuma demam masih ada sedikit-sedikit dan kembali aktiflah dia mengeggar rumah flat kami ini. Juan kini melalui satu fasa yang mungkin semua budak melaluinya atau bukan semua budak pernah melaluinya aku rasa. Dia sudah jadi tukang repot. Sikit-sikit repot, sikit-sikit repot. Perkara yang dilaporkan ialah Jajang buat itu, Jajang buat ini. Sampai aku rasa rimas, sebab tengah menyusukan adiknya yang sedang-sedang tidur ayam boleh terkejut sebab dengar suaranya yang lantang itu. Dia cuti dari hari Selasa lagi jadi masanya memang di rumahlah bergasak dengan Jajang kalau dia sembuh lepas makan ubat, lepas itu bila demam datang balik, berbaringlah dia di atas tilam sambil mengaduh-ngaduh sakit kaki, katanya TENGKORAK LUTUT JUAN SUDAH PECAH NI MAMA…….mesti dia tengok Bones sebab cerita Bones itu mesti tayang tulang-tulangan, lalu terimaginasi yang berlebihan pula.
“Mama, tadi Jajang jatuhkan mainan itu DAN (ada dan lagi) dan dia tolak Juan dari atas kerusi”
“Mama, tadi Jajang kasi tumpah makanannya DAN kasi ludah air minumannya”
“Mama, tadi Jajang main-main langsir DAN tolak-tolak sofa”
“Mama, tadi Jajang be*** (buang air besar)”
“Mama, tadi Jajang lompat-lompat”
“Mama, Mama, Mama”
Lagi bermacam-macamlah laporan yang kuterima, tiap lima belas minit, tiap setengah jam, dan paling sengal tiap-tiap lima minit. Macam kontraksi pula rasanya sebab suaranya yang bingit itu mengejutkan Jannah. Bila Jannah tidak dapat tidur. Bila aku kata, Juan ni macam perempuanlah sikit-sikit mengadu, sikit-sikit merepot, pandai pula dia marah. Lepas itu tidak lama merepot lagi balik. Haaaaiiiii…
” Mama, mama, ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee…….., lawa kan gigi Juan?”
yang akhir ni terpaksa ditutup sebab dua gigi depannya menghadapi kerosakan kritikal sebab makanan manis. Ah Chong kan?
Salahkan mamanya.
Sekian
p/s….tapi kalau Juan pergi sekolah…..aku selalu mencari-cari suaranya…………. 😦

sehingga draf ini siap ditulis, rupanya demam juan datang lagi…aduhai

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. decrewz berkata:

    kalau anak sorang belum ada report, bila anak dua, dah ada 2 3 report.. Bila anak ramai, macam2 report keluar..he3

  2. betul..habislah saya time tu memang sakitlahhh hehee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s