Salam

Ini cerita sakit lagi. Sabtu baru ini kami bawa Juan, Jajang dan Jannah ke Klinik Ganesh, Karamunsing untuk periksa betul-betul kondisi Juan itu sebenarnya apa. Batuknya sudah hampir sebulan. Inilah yang diberikan. Aku tidak masuk ke dalam. Cuma Abahnya, Jajang dan Juan sebab kebetulan Jajang pun terjangkit selesma dan batuk. Bila keluar Abah JnJnJ bagitahu Dr G kata, batuk Juan serius dan ada tanda-tanda asma, jadi dia bagilah ubat demam, batuk, antibiotik dan inhaler. Seingat aku ini kali kedua Juan diberikan inhaler. Aku ada cari-cari info pasal kesan sampingan inhaler misalnya sakit kepala, menggeletar,sakit tekak,sakit,masalah tidur, hyperaktif dan sebagainya. Bahaya jugalah kalau kerap digunakan. Tapi kami tiada pilihan lain selain daripada mengikut nasihat Dr. G. Takut tengok inhaler ini adoi, kecil-kecil lagi anakku sudah pakai benda ini. Harganya bukan alang-alang lagi. Nasiblah klinik itu klinik panel Abah JnJnJ, kalau tidak berkakai jugalah mahu membayarnya.



    RM107.00
    Untuk info lanjut tentang inhaler Seretide ini sila klik sini

    Poin utama yang aku mahu jelaskan di sini ialah peri pentingnya susu ibu kepada anak-anak ya tuan puan. Biar berapa kali entri yang akan datang pun akan aku tegaskan dan ingatkan jua susuilah anak kamurang dengan susu ibu, bukan dengan susu formula, bukan dengan susu soya. Jika tidak, di kemudian hari, ketahanan antibodi anak kamurang untuk melawan penyakit tidak akan setanding dengan anak-anak lain yang menyusui susu ibu. 




    yah, penuh semangat sekali.





    akhir sekali, gambar-gambar sekeluarga di klinik (biasalah)


    budak gendut ini nda paaaandai diam kalau di tempat awam, ada saja yang mau diharuknya
    yah kami orang kampungan


    tahan senyum bang???

    kalau dia buat begini, tandanya kesejukan sebab masih demam, masa ini tunggu doktor panggil

    haaa tudiaaaaa anak abahnya kaaann





    yang ini pembakar semangat


    (sila ke link itu ya, mama-mama sekalian, papa juga boleh, yang bakal mama papa pun boleh)
    Apa yang diperlukan untuk N.I.P ialah nursing blouse/shirt ataupun guna nursing cover ya, dan sedikit semangat. Masa Juan dan Jajang dulu, lapar-lapar sumbat susu FM masa membeli-belah. Dan akibatnya itulah yang aku katakan di perenggan berBOLD itu. Mungkin itu juga salah satu sebabnya kenapa ibu-ibu tidak BF bayi diaorang, iaitu seganlah sebab ‘nampak’ kan. Boleh jugalah bagi EBM dalam botol, tapi seboleh-bolehnya umur seawal ini bagi DF saja dulu. Pendapat akulah.

    Legend
    FM=Susu Formula
    BF=Breastfeeding
    EBM=Expressed Breastmilk
    DF=Direct Feeding

    Ditutup dengan pashmina yang lebar dan panjang ya tuan, puan. Tapi masalah juga sebab silap haribulan kita yang terlilit dengan pashmina sendiri. Masa ini dalam Klinik, kami di bilik sebelah, tiada orang. Lepas itu kami ke Servay KK Plaza, mall kegemaran Juan. Saat Jannah  pula kelaparan, cepat-cepat cari tempat tersorok di kedai Bata.

    pakai INNER NECK tu, paling MURAH RM10.00 saja, bukan RM20, bukan RM 25.


    cuba jangan fokus pada makcik berwajah rambo itu, fokus pada inner neck saja ya, untuk keterangan lanjut sila pm saya di ruangan comment 😛 P P P




    lagi….gambar dalam kereta







    Itu sajalah

    Sekian



    P/S: Sebenarnya kan inner neck murah itu kan adalah…………………………………cer teka cer teka?????????????

    Advertisements

    About mamajnjnj@anangsue

    Orang.Kampungan

    2 responses »

    1. decrewz berkata:

      Kenapa dengan inner neck tu?

    2. hehee..ingatkan tiada yang berminat mahu tanya …inner neck yg dipakai tu sbnrnya tudung anak, muat-muat dan ngam2 jadi tudung dalam, inner neck yg ada dipasaran skrg untuk yg dewasa mahaiilah 🙂

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s