Salam.
Bertimpa-timpa dugaan yang aku terima hari ini. Pertama Jajang yang masih demam dan selesma terlebih manja. Bila tengah susukan Jajang, dia interkom pula suruh pasang A Bug’s Life yang entah  berapa kali sudah diulangtayang adalah sampai 200 kali mungkin, siang malam. Kedua, terganggulah proses breastfeeding akibat kekerapan interkom Jajang dari luar. Sebabnya laptop acer yang besar (skrin) dulu itu sudah diganti skrin, masalahnya, bateri pula tidak tahan lama. Adapter hanya satu, berganti-gantilah kami pakai. dan akibatnya mungkin Jannah kelaparan, tidak cukup tidur. penat, sakit perut atau apa saja yang menyebabkan kolik.Lihat sini untuk huraian kolik dan di sini. Dia menangis dalam setengah jam, berhenti bila aku mengendongnya saja, tapi kemudian, menangis semula. Disusukan pun menangis. Aku perasaan juga dua tiga malam ini dia menyentak-yentak sambil tangan dan kaki menggapai-gapai.
Mulut terbuka, tangan ke atas dan mengeras, mesti menahan kesakitan ni
kesian Jannahku
sarung tangan pun main bantai pakai saja warna lain-lain sebab dengar suaranya menangis bagai luruh jantungku pula.
Apa yang aku buat susukan dia, masih menangis, tutup lampu bukak lampu, bawa dia keluar dari bilik, peluk sambil bawa dia menari-nari (taktik ini menjadi masa Juan dan Jajang kolik dulu), bila nangisnya makin kuat, aku ayun dengan gerakan berirama sambil bawa selawat. Alhamdulillah menjadi juga, dia tidur dalam ayunan dengan muka yang aduh sungguh menyayat hatiku.
Ketiga, aku demamlah pulak, sungguhlah dugaan kecil untukku lepas habis tempoh pantang pula. Tadi check 37.4, tapi rasa seram sejuk, tidak sedap badan, mengiggil, terpaksa pakai jeans. Sudah telan 3 panadol sejak pagi tadi. Tiada perubahan juga.
Kalau berterusan juga Jannah kolik mungkin akan dibawa berjumpa doktor, tapi mana ada ubat kolik kan, haaa, sempat lagi aku dengar dia kentut sekarang ini, mesti perutnya tengah berdansa dengan kembung. Setakat yang aku boleh handle, aku akan handle, tapi kalau aku juga jatuh sakit, terpaksa suruh Abahjnjnj cuti. Tidak larat hakuuuu..
Sekian.
p/s Satu perkara yang dia suka buat sekarang ni, hisap jari, sebelah kiri lagi tu masyaAllah, sapalah yang mengajar ni…….boleh ganti puting babau tapi aku kena ajar dia hisap sebelah kanan pulak..
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. decrewz berkata:

    Jeles nih..he3.. Suatu hari nanti akan tiba jua.. 😉

  2. akan tiba juga tu, kalau betullah apa yang dimaksudkan tu anak kan? hehee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s