Salam
Hai Blog!
Baiklah. Semalam aku masih lagi dengar bunyi Juan batuk-batuk keras. Antibiotik dari hospital sebanyak dua botol sudah habis diminumnya. Diminum dengan bijak ya, Betul Dos, Betul Ubat, Betul Empunya, Betul Masa dan Betul Cara ya. Jadi si ibu mana yang tidak risau akan kesihatan anaknya ini. Jadi aku membebel lagi pada Abah JnJnJ. Esok (iaitu tadi) kena bawa juga ke hospital, review balik apa lagi yang tidak kena. Kenapa lagi dia batuk-batuk. Sebulan sudah ni. 
Sampai di hospital (yang mana cerita ini aku tahu bila durang sampai, langsung tidak tanya-tanya aku lagi sama ada boleh atau tidak), Juan berjumpa dengan MA. Lepas jumpa MA, terus jumpa doktor. Juan dix-ray dan abah jnjnj tanya apa kesan terhadap kanak-kanak. Doktor hanya bagitahu, ada sel-selnya akan mati, tapi akan ada balik?, betulkah begitu. Entahlah, aku belum tanya Dr. Google lagi pasal ini. Doktor itu kata, paru-paru Juan ok, cumanya mungkin ada bekas-bekas batuk yang buat tekak dia gatal dan sentiasa batuk. 
Tapikan, memang aku rasa budak ini sudah biasa batuk. Sebab apa, tiap kali aku dan Abah JnJnJ bercerita pasal dia (depan mata dialah), dan bercerita pasal batuknya yang tidak pandai hilang, tiba-tiba dia batuk. Sedangkan sebelum ini istedi saja dia. Orang panggil gaya begitu “MINTA PUJI“.
Adakah Juan minta puji?
Tunggu sajalah dua tiga minggu lagi. Kalau ada batuknya masih…..atau tidak.
Sekian
P/S Sabtu balik kampung, Jannah kenduri bergunting di kampung (sebelah kami), aqiqahnya pula akan diadakan dalam sikit masa lepas itu (di kampung abahnya pula) 
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

7 responses »

  1. decrewz berkata:

    he3.. Ada pulak tu gaya dipuji… Mungkin dia nakkan perhatian kot..

  2. Ieda Rihana berkata:

    ayyuyuyu kesiannya anak, cuba bg minum madu asli dgn air suam .. insyallah..btw mcm mana mau follow blog mama jnj nih?

  3. Ieda Rihana berkata:

    salam..kesiannya ank tu…try bg madu asli + air suam..btw macam mana nk follow blog mamaJnJ nih?

  4. Ieda Rihana berkata:

    hai…mcm mana nk follow awk erk?

  5. jai; tu yg kena tunggu tu, rasanya mungkin dia mahu perhatian juga hehee

  6. salam kenal ieda, tima kasih singgah dan komen ya,..itulah saya belum try madu lagi, dlu memang pernah kasi minum tapi berhenti sekerat jalan sebab durang ni kurang minat pula..

    sori saya baru online n baru nampak komen ni

  7. Ieda Rihana berkata:

    klu kt kl ade air ECPI…yg tu pn ok bg dia minum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s