Salam

Hai Blog!

Sanggup tunggu sampai jam 12 malam untuk mulakan RM3 sehari Digi. Berjaya pujuk Abah JnJnJ untuk belikan Super Reload RM15. Yang ‘kin panasnya’ tu, aku betul-betul lupa yang mulai Jun 2011, setiap penggunaan internet akan dicaj sebanyak RM8 sehari jika belum daftar IU3. Aduih. Melayang-layang RM8, tolak lagi advance RM3. Nah! daripada Super Reload RM15 sekarang kredit tinggal RM5. Kesian, kesian, kesian kata Ipin.

Tadi balik dari kampung. Tahulah kan, kalau di kampung langsunglah tidak dapat buka blog, walau panjat pokok sekalipun tidakkan dapat penuh coveragenya. Apalagi kemaskini status di muka buku sajalah aku berhari-hari. Kesian, kesian, kesian kata Ipin lagi.

Eh, isu Gambit pun aku baru tahu. Biarlah. Aku mahu cerita pasal bercuti di kampung sajalah dulu. 30 Jun hari itu berlangsung majlis Aqiqah Jannah di kampungku. Di sebabkan keesokan harinya ada pula kenduri kahwin di kampung Abah JnJnJ, maka segala persiapan untuk kenduri aqiqah dan gunting rambut Jannah jadi kelam kabut. Semua dilakukan pada Ahad petang. Beli bahan-bahan untuk dimasak, beli doorgift pun hari itu juga, termasuk hiasan untuk buaian Jannah. Mak aih…kesian, kesian, kesian kata Ipin lagi (Ipin kah Upin yang cakap tu, aku pun nda taulah). Tapi walau bagaimanapun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun dengan persiapan saat akhir saja. Gambar-gambar di bawah yang sungguh tidak ‘asbestos’ adalah sebagai kenang-kenangan. InsyaAllah Aqiqah sebelah mentua akan diadakan pada hari raya ketiga atau keempat. Jadi ada masa banyak untuk buat persiapan. Harap-haraplah.

simple saja, lepas hias ni jam 1 pagi sambung lagi potong bawang sampai jam 3
sungguh tidak clear dan lupa ambil gambar Jannah dengan buaian ni

puding, beg kertas habis masa tu di KB, jadi beli beg plastik biasa ja nda payah tayang, bida’, andu bah

kenduri bermula tapi ada pula acara debat my bapa dengan FIL, dua2 tok imam jadi 
berstory mory pula pasal kerja masa ni, yang lain tu sudah lapar hehee
garis putih, jajang menyibuk sambil makan bun tengah orang berselawat
garis kuning, my dad


FIL
my Bapa
istedi lagi ni, nda lama nangis kuat sebab rambutnya tertarik oleh beliau-beliau, kuling nda pandai diam
happylah lepas nyusu
frust dengan kualiti gambar henpon cikaiii


pinjam headband photoscape


bersama sepupnya, anak adikku, comel kan



say cheese!!

botak sudaaaa

gendut dengan aksesori photoscape

Sebenarnya kenduri aqiqah ini disekalikan dengan adik sepupu aku yang juga baru melahirkan tapi gambar-gambarnya pula semua tidak terang adui kecewa betul dengan henpon murah ini. Mungkin ada tempat adikku.


yang gambar dua di bawah ini abaikan saja, ikhsan penulis blog..ngeee

cw dengan spek photoscape jua
uiii macik-macik

cardigan yang dibeli di International Bundle tuaran ini dicap sebagai baju PENJAHAT oleh Juan, perasaannya yang baju orang kena jel tu kan belang hitam putih…adakaa..walau apapun, mak suka…




Jannah sudah 3 bulan, beratnya 4.8. Bila tanya nurse dia kata berat nomal kalau ikut carta syukurlah. Bukan apa bila balik kampung kakak sama mama cakap Jannah kecil. Lepas itu masa berurut di rumah mentua Jannah nangis mahu susu, tukang urut tanya kenapa tidak susukan dengan susu tepung?, aku ketawa-ketawa saja malas mahu ulas nanti kena bebel pula. Apapun BM masih cukup dan tidak pernah bermasalah. Alhamdulillah.


Talian internet dari jam 12 semalam memang mengecewakan, terkena lagi Digi yang juga kadar bayaran turut dinaikkan. Adakah aku harus mengkhianatimu Digi dan beralih ke lain???




Sekian


p/s; thanks ning & neng dan keluarga, juga kepada yang hadir 😉
belum dapat bw…line nda bagus

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s