Salam


Hai Blog


(Sudah namanya warkah, serius panjang)



Ini warkah terbuka untuk Juan, Jajang dan Jannah. Bukan mengungkit, bukan membangkit tapi harapan mama, kamu akan dapat baca ini satu hari nanti bila mama sudah tiada.

Kamu tahu, jadual mama macam jadual orang kerja pejabat juga. Pagi-pagi bangun Subuh, teruskan BFkan Jannah terus menerus sampai jam 7 baru dia tidur balik. Masa dia tidur, mama mandikan kamu, kalau tidak pun kamu mandi sendiri buka paip masuk dalam besen besar, main sabun, main air sampai banjirlah lantai depan pintu bilik mandi. Masa itu mama sudah mulai potong sayur, keluarkan ikan atau ayam, nasiblah segala bawang sudah dipotong selepas tengah malam bila semua sudah tidur, takut ada juga yang menolong. Jadi tinggal ulas bawang atau tumbuk sahaja. Mama bukanlah tukang masak yang kreatif, bukanlah tukang masak yang hebat. Apa yang ada di dalam peti sejuk itulah mama masak, kadang ikut kehendak kamu, kalau kamu mahu bubur, buburlah juga mama masak dan makan, kalau kamu mahu mee goreng, itulah juga yang mama masak dan makan, memandangkan selera kamu sekarang ini hanya kepada makanan-makanan macam nugget, sosej (yang dipanggil BULLDONG oleh Juan, motifnya mama pun tidak tahu), jadi mama ikutkan saja. Yang penting kamu ada isi perut. Dalam jangka masa itu, Jannah terbangun, tertangguhlah kerja masak di awal pagi. Jadi sambil BF Jannah, mama curi-curi masa untuk blog, mukabuku,burungbiru, cari resipi dan sebagainya. Dalam pada masa itu, Jajang pula buang air besar, kena hentikan BF Jannah, nangis lah juga si Jannah. Terpaksa laju-laju. Lepas semua, sambung balik Jannah, mandikan, pakaikan dia, tidurkan dia barulah mama dapat mandi. Jam 11 mama baru mahu masak, Jannah terbangun Abang Juan jerit-jerit main ultramen, Kakak Jajang ulang-alik masuk keluar bilik, manalah asyik tidur adiknya Jannah. Henti sekejap BF lagi sampai tidur. Dalam masa itu juga Abang Juan mahu pergi tandas, henti lagi, adiknya Jannah sudah jerit-jerit lapar dan sengal sebab mama balik-balik lari. Sempat buat susu untuk diamkan Abang dan Kakakmu. Nah masa itu sudah jam 12 tengahari lepas tidurkan adik Jannah baru dapat masak dan makan, bagi makan abang dan kakak. Selesai semua dengan cuci piringnya juga, oh ya pakej lagi cuci kain hari-hari walau dilarang Abahnya JnJnJ, mama tidak suka lihat pakaian berlumpuk di raga. Lepas Zuhur, Jannah selalunya bangun, masa itu memang dapat rehat sekejap, tapi tidak juga sebab nasi belum turun sudah kelam kabut BFkan dia yang jerit-jerit lapar, belum lagi bunyi prang-prung-prang, ya, abang dan kakak bongkar piring, mangkuk, gelas di dapur bawa ke ruang tamu buat mainan. Mainan sebenar dipinggirkan. Belum lagi Abang Juan yang susun-susun sofa depan dinding, bongkar buku-buku di rak tv. Ya Allah!.

Bila dapat tidurkan Jannah, sudah jam 3 petang, kain masih dalam proses bilas. Abang dan Kakak pula gaduh. Kena leraikan, bangun juga Jannah. Belum lagi bila kedua-duanya pun sikit-sikit masuk bilik mengadu itu ini, itu ini, itu ini. Oh ya, kakak Jajang sudah pandai mengadu juga. Kena tidurkan Jannah lagi, lepas BF, dodoi-dodoi sampai tidur, itupun dengan kakinya yang menendang-nendang. 

Tiba-tibalah juga kan, bunyi jatuh. Ingatkan abang atau kakak, rupanya Jajang pegi main ampaian kecil bawah kipas di ruang tamu. Habis jugalah pakaian-pakaian tu jatuh kena kutip satu-satu. Simpan dalam raga dan sempat lagi jeling raga yang masih juga bertumpuk dengan pakaian belum berlipat. Sambil itu bebel-bebel, dodoi Jannah, klik FB, klik Tw, klik BW dan klik download. Macam-macamlah kan. Sambil-sambil itu kakakmu datang dengan tiada baju, sebab hobinya sekarang buka-buka baju, abang pula minta susu lagi.

Bila Jannah sudah tidur dan abang dan kakak dapat bertenang, baru mama dapat Asar. Masa itu abang dan kakak akan masuk bilik duduk-duduk atas tilam, ayun-ayun Jannah sampai bangun. Sabar jaklah, masa itu khusyuk atau tidak dengar Jannah yang terkejut jerit-jerit. Lepas habis solat, bagilah jugakan sedas dua cubitan sayang pada abang dan kakak kamu yang istanbul.

Jam tunjuk pukul 4.50 baru dapat jemur kain lepas BF Jannah perlahankan kipas sebab dia suka tengok kipas siling pusing-pusing dan ketawa-ketawa. Masa itu baru dia dapat bertenang dengan lama. Dapat buat susu abang dan kakak, kemas balik sofa yang bertabur di luar untuk ke 3 kali, sapu balik ruang tamu untuk yang ke 4 kali. Memang melampau juga cerita ini, tapi ini hakikatnya wahai anak-anakku, mama tidak menipu dan buat-buat cerita untuk tarik traffik perhatian kamu untuk membalas jasa-jasa atau mengenang pengorbanan mama. 

Jam 5, Jajang sudah mulai buka baju dan seluar konon mahu mandi macam tempat rumah mandi (hotel), main sabun, main span, main air sampai banjir lagi lantai dan alas kaki depan kamar mandi. Masa itu memang Jannah lapar juga. Bila abang Juan datang mahu juga mandi buka baju, buka seluar dan sertai Jajang. Gaduh-gaduh pula sebab Juan  sapu sabun pada mata Jajang. Masa itu, abang kena juga das cubitan sayang mama. Mama tidak menipu, mama tidak buat cerita. Ini cerita sebenar kamu yang masih kanak-kanak saat ini.


Jam 5.50 baru Abahmu datang, lepas sikit beban mama. Walaupun dia penat dia terus suruh mama mandi, masak, Maghrib, makan dan BFkan Jannah. Abang dan kakakmu biar dia yang atur. Dalam pada masa itu memang mama akan duduk di bilik dengan Jannah sampailah Jannah tidur balik. Kamu memang tidak kacau mama sudah sebab Abah ada dan mama tahu mama tidak laku pun bila Abah ada untuk jaga kamu.

Juan, Jajang dan Jannah Mama tidak menipu, mama tidak buat cerita. Ini cerita sebenar kamu. Ini perangai kamu masa kecil. Walau apapun dengan dua tangan dan dua kaki yang Allah SWT kurniakan ini, selagi hayat dikandung badan, mama akan cuba sedaya upaya untuk menjaga dan mendidik kamu menjadi orang yang berguna, sebelum mama bekerja. Semoga kamu nantinya menjadi anak-anak mama yang kuat, soleh dan solehah, InsyaAllah.



Tiba-tiba Juan berkata:


“Mama ini….kecohlah, baru 3 orang kami jak pun, yang mama-mama lain yang ada dua tangan dua kaki juga, 5-7 orang anak nda bising pun macam mama……





Kecoh.



















Sekian


kami.orang.kampungan




Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s