Salam


Hai Blog!

Setelah dua hari memulakan latihan PISPUT Jajang, badan rasa sengal-sengal saja, takut juga JOP , sebab walaupun sudah tiga bulan lebih, tapi masih terlalu awal untuk kerja berat-kerja berat. Tapi apalah juga kerja berat di rumah ini kan kalau setakat cuci kain, cuci piring, mop lantai sebab Jajang balik-balik melepas, Aktiviti   BF dengan Jannah juga sedikit terganggu dengan latihan ini.

Hari pertama iaitu kemarin, dalam sekali dua juga Jajang terlepas, tidak sempat ke tandas. Terpaksalah mop lantai juga. Mula-mula ingatkan dia menolak untuk tidak memakai diaper tapi mungkin rasa teruja dengan pisputnya jadi dia pun balik-balik ke tandas, siap buang lagi ke dalam masuk tandas, habis kotor lantai bilik mandi, dan terpaksa juga aku cuci balik dengan bebelan tidak putus ingatkan dia :

“Kalau kencing masuk mana?, masuk taannnn….”

Dia akan jawab “dassss..”

Bila aku bagitahu Abah JnJnJ, Jajang masuk tandas dalam 20kali, dia tidak percaya. Baiklah, tunggu Sabtu Ahad macamana, sebab masa itu dia fulltime dengan Juan dan Jajang pula.

Sebelah malam, sebelum tidur terpaksa pakaikan Jajang diaper sebab belum biasakan dia bangun dan kencing malam pula. Juan lagi yang bermasalah sebab sangat liat dibangunkan untuk kencing. Jadi penyelesaiannya suruh dia kencing sebelum tidur pula. Baru malam semalam dia kencingkan toto, terpaksa jugalah aku cuci dengan berat-beratnya itu di mesin basuh yang hanya 3kg, pusing dan basuh dengan tangan.

Hari kedua ada kemajuan sedikit sebab Jajang sudah pandai kawal. Cumanya masa buang air besar pagi tadi memang tidak sempat, habislah baju dan seluarnya. Terpaksalah aku cuci terus takut kering dan masa itu juga Jannah jerit-jerit lapar. 

Ohya, baru tadi install Tweetdeck, jadi kesibukan pun bertambah-tambah juga :P.

Biasalah orang jakun macam aku ini. Tapi lama-lama mungkin akan bosan juga, seterusnya beralih balik ke RanchRush , Plantasia , GardenDefense atau Bunga Telur . Bunga Telur??  errkkk.


Sekian








Perkataan hari ini ialah TERPAKSA.



Mahu jadi ibu mithali pun ada rasa keterpaksaan dalam dirikah aa MamaJnJnJ ?




P/S: no more emo-emo bagai after dis mamajnjnj pleaseeee
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s