Salam

Hai Blog!


Gambar-gambar ini menunjukkan bukti iaitu pada tahun ini kami sekeluarga mengambil risiko besar untuk berpenat-penatan, berpanas-panasan, berpeluh-peluhan, bermarathonan, berangkut-angkutan di Jom Heboh Stadium Likas.



Dan ini adalah yang pertama dan mungkin terakhir buat masa ini sebelum beberapa tahun mendatang betapa berisikonya mengangkut anak-anak kecil untuk menghadiri pesta yang sebegini. Aku jera. 







Mama, nda buat lagi sayang, kalau buat pun tunggu kamu besar-besar dan boleh jalan sendiri tanpa dipegang, diangkat, digendong dan tidak hilang dari pandangan. 

Rancangan untuk membeli barang dapur terpaksa ditangguhkan keesokan harinya disebabkan kami sekeluarga seakan-akan mahu pengsan sebelum sampai di kereta. Hanya orang Sabah yang pergi ke situ dan tahu keadaannya bagaimana, aku tidak sanggup menceritakannya. Aku Jera.

Dan kepada pakcik polis trafik, terima kasih sebab saman kami setelah memberitahu bahawa tempat yang sepatutnya tidak akan disaman, akhirnya disaman juga olehmu. Abah JnJnJ Jera.




Eh, belum lagi. Dengar-dengar rancangannya mahu pergi esok. Kalau dia mahu pergi, kami mahu duduk dalam kereta beraircond, sementara dia berpanas-panas di luar sana.





Nda dapat beli buku Zahiril Adzim dan meminta autografnya. Tidak mengapalah. Aku lebih pentingkan JnJnJ. Nantilah beli online.


Sekian




p/s; sagut….
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. *Cda Ray* berkata:

    msti sagut,semok pkiran kan su..akupn ndak perna g…1st time ada di sbh, tula last aku g..ndak snggup aku..hehhee

  2. iya bah sabar jaklah beb

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s