Salam


Kemarin yakni semalam, demi untuk berjimat, aku mengagahkan diri untuk tidak mengisi kredit dan dengan itu tiada perkhidmatan internet selama sehari kecuali 0.Facebook0.Facebook bagi yang belum tahu adalah:

 0.facebook.com is a new mobile site that includes all of the key features of Facebook but is optimized for speed. It initially is available through more than 50 mobile operators in 45 countries and territories with zero data charges.


Digi I Will Follow You adalah salah satu operator mobile yang menyediakan perkhidmatan ini akan tetapi sebarang gambar, pautan dan video akan dicaj dengan kadar yang sama dengan kadar internet biasa Digi. Namun demikian jika kamurang ada kredit, tiap kali buka web ini akan dipotong RM0.10 seperti yang aku alami :).



Maka, hari-hariku yang dulunya selalu kosong bila tiada internet kutekad untuk menjadikannya lebih bermakna dengan aktiviti-aktiviti tersebut.
(kuakui, tanpa blog dan twitter, hariku tidak lengkap, bukumuka?, ah jangan lagi dibicarakan. Luka yang dibebat masih belum benar-benar sembuh sepenuhnya dan baru kufahami kini dengan sefaham-fahamnya akan makna freedom of speech di sana)



Nah blog!, kusajikan kamu dengan pemandangan secara rambang akan aktiviti seharianku tanpa internet.



tanpa internet dalam sehari boleh masak lauk yang kompleks sedikit (padahal tumbuk kunyit, bawang, halia dan masuk periuk saja pun)

tanpa internet dalam sehari boleh goreng papadam banyak-banyak dan letak dalam bekas, boleh makan bila-bila masa. Atas permintaan peminat papadam di rumah ini, Nur Syazharina@Jajang

tanpa internet dalam sehari boleh masak makanan berkhasiat untuk Jajang yang akhirnya dihabiskan juga oleh diriku (lembiknya sayur, failed)

Tanpa internet dalam sehari boleh jeling-jeling bakul raga pakaian dan akhirnya tewas juga untuk melipatnya memandangkan esok hari mesti tidak akan diusik kerana sudah ada internet kembali
Tanpa internet dalam sehari ini hasilnya selepas dan sebelum adalah gambar di bawah ini

yeuuu, ini kes main tarik-tarik baju oleh Jajang.


Tanpa internet dalam sehari boleh ajar-ajar Jajang baca buku. (Padahal terbalik, kedapatan bajet rajin depan kamera, atau diarah untuk melakukannya)

Tanpa internet dalam sehari boleh ajar Jajang baca buku yang rupanya terbalik. (Huaaa, baru sekarang perasaan buku tentang planet ini rupanya terbalik)

Tanpa internet dalam sehari boleh cakap-cakap dengan Nur Syazanna@Jannah yang diselangselikan dengan Jajang, lihat tangannya menyelit juga.

Tanpa internet dalam sehari boleh main webcam dan senaman kepala (menurut TE) dengan Jajang

DAN!!, Ini penghasilan yang membanggakan kerana dapat memahatkan sifat rajin dalam diri untuk membuat sample bunga dulang ringkas dari jam 1-3 pagi kemarin. Woha!
(Maksud bangga di sini bukan bangga apa, tapi bangga sebab berjaya kalahkan kemalasan dan bertangguh-tangguh demi untuk memperolehi pendapatan sampingan)
~manalah tahu ada orang berminat, kan?~

Sebenarnya banyak lagi kerja-kerja suri rumah yang boleh dibuat tanpa sibuk memikirkan internet dalam sehari.


Lainlah kalau aku balik kampung kan, lagi banyak aktiviti yang boleh dibuat tanpa memikirkan eh ada orang komen blog aku kah?, atau ala tidak dapat balas BW pula, atau eh ada orang twit aku kah hari ini?
(ini adalah monolog dalamanku dan tiada kaitan dengan orang yang membaca entri ini ya, memang inilah yang aku fikirkan)

Kesimpulannya, tanpa internet dalam sehari aku dapat melakukan kerja-kerja surirumah dengan jayanya.


Sekian.



Happy Blogging semua!…


p/s tidak dapat aku bayangkan kalau kerja nanti macamana. harap-harap kawanku itu memblok twitter dan facebook di tempat kerjanya tu, kalu nda memang lalai, meeeemang lalai punya dan tercemarlah amanah yang diberi…..
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

One response »

  1. sizuka[Izzati] berkata:

    wahhh hehe byk pekerjaan kak buat bila xde internet.comel je gmbr kak dgn jajang tuh.heeeee~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s