Salam

Hai Blog!




Esok genap Nur Syazanna @ Jannah 4 bulan. Hari ini sepatutnya berklinik, tapi terlupa. Insya Allah, mungkin esok akan pergi juga sebab KKIA Tuaran buka Sabtu dan Ahad sampai tengahari.

Sekarang Jannah sudah pandai jerit-jerit. Sama ada lapar, mengantuk, diaper basah atau baru bangun dari tidur. Suaranya lantang. Dan aku jadi geram. Bukan geram apa. Geram lucu sebab dengar dia yang sekecil-kecilnya ini suaranya besar. Berbanding dengan Jajang yang bersuara garau, Jannah mungkin ikut suara Juan, yang dikatakan bersuara dalam.

Jannah juga sudah pandai pusing kepalanya sebentar-sebentar ke laptop bila aku menyusukan sambil juga tangan ligat menekan keyboard, sekejap-sekejap juga dia menoleh melihat-lihat.

Jannah juga sudah pandai bawa bercakap, genggam-genggam tangan, hisap-hisap tangan (bukan jari lagi ya), cuba-cuba miringkan badannya. Ohya rambut bahagian belakangnya juga sudah mulai banyak kulutannya yang perlu digunting.

Berat kurang pasti lagi sebab belum berklinik kan. Masa 3 bulan beratnya 3.9kg.


Malam tadi jam 9 bangun menangis-nangis, jerit-jerit ada yang tidak puas hati, mungkin sebab kurang ASIku hari ini. Tidak pasti sebab apa mungkin sebab kurang minum air. Kecewa juga, tapi selepas bergelut dengannya macam-macam posisi, duduk baring, ayunkan, bagi dengan abahnya, bawa dia ketawa-ketawa, masih juga mengamuk. Lepas itu aku pujuk jugalah, walaupun pinggang sudah sakit-sakit, akhirnya dia tertidur juga setelah dua kali muntah/muak.

Untuk simpanan blog, kupaparkan gambar-gambar Jannah yeeee!!!












suka gambar ni ngeeee….



ini siapa pulak??????





gambar berEDIT ini untuk LinaMarley :))










menyelit juga gambarnya aisshhh….






Sekian



Happy blogging semua! :)))





p/s tidak dapat menahan diri dari memposting gambar ss ini uwaaaa

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. sizuka[Izzati] berkata:

    hehe.tak menahan gambar mama jannah di bawah itu ūüėõ

  2. hehe, kan ss ūüėČ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s