Salam

Hai Blog!





2 hari tanpa blog rasanya macam hilang sesuatu. Bila dapat buka malam semalam sangat lega bagai terubat rindu berbulan-bulan. 

Kemarin?, Eh kemarin bukan entri karangan. Kemarin entri bergambar saja.




Eh ada kerosakan pada blog ini. Senarai Blog telah hilang ya anak-anak. Bukan salahku, entah apa yang berlaku, tapi nanti aku buat sesuatu sebelum kerosakan lebih teruk menimpa blog daku!

Errrkk..kenapa dengan KUNING nih?

Cerita pasal kuning ni, terbaca entri menarik dari koleksi entri Che Det (sebenarnya ada blognya dulu, tadi cari-cari balik tidak jumpa pula sebab hari itu kena malware). 


Logik juga kan? Tapi-tapi-tapi, aku tidak akan membincangkan perkara itu di sini anak-anakku. Ada yang lebih PAKAR tentang itu. Biarlah diaorang yang ulas mana baik mana buruknya dan biar pembaca menilai sendiri akan kebenaran di sebalik agenda-agenda tersebut.




Hai Blog Carang Kulina, aku rindu kamu buaangeeet!
Kemaskini blog selepas dua hari bercuti amat panjang, sediakan kacang bila membaca ini Juan, Jajang dan Jannah…dan sekiranya ada adik kamu lagi




Hari Isnin berklinik dengan sangat yakin. Risau kena bebel sebab lupa berklinik 4 bulan. Bila sampai nurse tengok aku semacam sebab tarikh berklinik yang sebenar ialah 5 Julai 2011, aku awal sehari dan salah tengok tarikh yang sepatutnya sudah berlalu, 01 Jun 2011. Malu. Tapi untuk menyembunyikan rasa malu aku jatuhkan handphone dari meja nurse, Jannah menangis dan aku bf maka hilanglah bebelan nurse tersebut sebab cepat-cepat suruh aku susukan Jannah. Selamat.

Bercerita dengan nurse, aku tanya sebab berat Jannah 5.4kg adakah sesuai dengan umurnya sekarang ini. Dia kata tidak perlu risau beratnya ‘cantik’ sebab berada antara garis warna merah dan kuning yakni garis berwarna putih. Normal untuk bayi yang menyusu susu ibu. Cantik.

Oh ya, berklinik 5 bulan katanya tidak payah ke KKIA Tuaran sebab diaorang akan datang buat klinik terbuka di dewan telipok. Hanya turun dan masuk dewan sahaja katanya. Maka terbayang diriku seorang diri membawa Jannah dan Jajang ke dewan Telipok Ria. Laratkah?. Bukan berat pun, cumanya aksi Jajang susah dijangka bila melintas jalan. Harap-harap tiada apa yang berlaku, InsyaAllah.

Selepas berklinik terus ke JPN, PJ jumpa adik ipar ambil kad ATM sebab tinggal di kampung hari itu. Terpaksa ke Maybank sebab kena blok. Sayang sebab ada RM50.00 lagi dalam itu sangat berharga masa-masa begini ketika menunggu claim AbahJnJnJ harus berjimat. Alhamdulillah dapat juga. 


BOSAN sudah baca ni JnJnJ?, ada lagi…








Singgah ke Syarikat Perniagaan Jelip (nama ini sangat panjang ya jnjnj), Segama untuk beli beberapa bahan buat bunga dulang lagi. Berjaga sampai jam 12 malam untuk buat sampel lagi sebab bingung sendiri-sendiri gubah riben macamana. 




Ingat gubah bunga dan riben ni macam kacangkah mamajnjnj? Mahu juga berbelit-belit tangan dan kepalaku masa ikat riben tu tau…




Hari ini saja aku terpaksa privatekan blog. Sebenarnya dari tengah malam semalam juga sebab kira mau buat tab menu yang tidak pernah menjadi sejak hari aku mengungkapkan hasratku untuk melaksanakannya. Namun demikian masih juga buntu. Banyak sudah tutorial yang aku baca dan mengaplikasikannya tapi tidak berhasil juga. Masalahnya aku kena buang atau ubah tab menu sedia ada macam di atas itu. Mahu jugalah tengok berkelip-kelipkah, berwarna-warnakah, senang juga hati melihat. Namun hampa. Nampaknya aku kena berusaha lagi dengan lebih kuat.




Jannah pun baru saja tidur jam 12.30. Rasanya sebab dia puas tidur sampai jam 8.00 itu yang susah mahu tidur balik. Bukan susah tapi lambat. 




Eh ada cerita lagi. 16 Julai ini ada peperiksaan PTD. Peperiksaan yang telah ‘banyak’ tahun aku pergi masih tidak lepas. Sangat susah rasanya. Kena buka buku matematik Tingkatan 3, kena buat latihan esai dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kena perah susu untuk Jannah sebab peperiksaan itu sehari. Jadi maknanya juga terpaksa balik kampung lagilah minta tolong ibu jaga Jannah. 18-22 Julai juga AbahJnJnJ ada kursus. Di Promenade saja tapi tidak dapat balik sebab malam pun ada program. 24 Julai ini pula kenduri akikah Jannah sebelah mertua dibuat. Rancangan awal masa hari raya kedua, tapi dianjakkan ke depan atas hal-hal kesibukan mertua pada masa-masa tersebut.






Punya skema karangan ni mama.




Baiklah, rasanya itu sahaja kemaskini untuk hari ini. Banyak lagi mahu fikir tentang ulangkaji, tentang cari bekas untuk perahan susu bekalan Jannah dan hal-hal mengemas balik kampung. Oh ya tab menu lagi. Mak aihh…








Hal dunia saja mama fikir ni kan. Macamana pula dengan dunia yang satu lagi?….












Sekian




Happy Blogging!




p/s : kuning sinonim dengan digi juga…
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s