Salam

Hai Blog!


Ingat mahu buat entri sentap tadi. Tapi yalah kan, aku berblog bukan mahu cari musuh atau tanamkan kebencian pada orang yang sudi membaca blog ini. Daripada aku buat atau baca entri sentap baik aku baca pasal Churp-Churp ada juga untungnya.


Sudah tiga hari aku berinternet. Rasanya esok atau lusa cuti lagi bagi menumpukan perhatian pada kerja-kerja rumah tanpa peduli dengan twitter. Oh sekarang target sehari aku twit dalam 20-30 kali (woha!). Rasa macam bebas di situ berbanding muka buku (jangan pula lepas ini ada orang buat entri pasal aku gila twit kan, sentap mak lagi tauu). Aku cuba terapkan pada diri sendiri setiap hari, setiap kali kemaskini blog ini dan blogshop aku itu, bahawa aku akan cuba berblog dengan berHEMAH.



Apa itu berHEMAH :

~berbudi pekerti (yang mulia), jujur dan tinggi, tingkah laku (yang baik)~
Rujukan daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu  (http://prpm.dbp.gov.my )


InsyaAllah

Aku percaya masih ramai insan di luar sana yang mahu berblog secara berhemah kan?, tanpa menyakiti hati orang yang membacanya, (ini tidak, lepas kau baca blog aku mesti kau akan buat entri membalas juga kan). Tidak Seronok. Serius aku cakap. Tidak timbul keseronokan membaca bila baca entri sentap ini. Bikin terluka, bukan bikin panas.

Aku tidak pernah memaksa orang membaca blog ini, dan tidak pernah memaksa sesiapa untuk follow blog ini dan tidak juga memaksa sesiapa untuk komen di blog ini. Ikhlas aku cakap. Memang pada mulanya aku berblog untuk mencatat kisah hari ini untuk aku baca satu hari nanti lalu ketawa mengenangnya.Tapi rasanya sekarang tujuan itu sudah agak berubah memandangkan keinginan untuk mengubah hidup daripada yang sederhana kepada lebih sedikit dari sederhana, itupun bergantung kepada kegigihanku mempelajari sesuatu yang baru macam Churp-Churp. Salahkah? (Lepas ini tentu kena buat entri lagi) Ishh nda baik buruk sangka kan. Jadi aku kena positif sentiasa dan aku harap di masa hadapan aku akan kuat bertemu dengan orang-orang sebegini, InsyaAllah.



Kata tadi bukan entri sentap… ini mahu ke arah sentap-sentap sudah ni…


Baiklah. Misi yang aku maksudkan bermula dari Ahad ini ialah bongkar balik bilik stor, cari buku matematik tingkatan 3, cari balik buku Malaysia Kita untuk peperiksaan ptd 16 Julai ini. Aku akui aku seringkali negatif dalam perkara-perkara menyangkut cubaan untuk memperolehi kejayaan. Lebih-lebih lagi dengan peperiksaan ini. Bukan senang mahu lulus. Ada beberapa siri ujian lagi dijalankan sebelum dapat ditemuduga. 

Misi aku yang lain, mencari pam perah susu yang murah, cari bekas dadih atau botol susu murah untuk stokkan Express Breast Milk yang pertama kali aku buat untuk Jannah untuk hari peperiksaan tersebut. Kepada yang selalu sudi bersamaku, doakan aku ya 🙂



Maaf dipinta andai entri ini bersifat sentap.


Sekian, Salam Damai dan berbloglah dengan gembira.


p/s : punya sikit cerita pasal misi…..eh mo buat header lagi lepas ni, kesian header atas tu…
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

8 responses »

  1. sizuka berkata:

    sabar akak sabar.baru tau.huuu tak habis masalah orang hentam2 dekat blog ni.sabar ea kak.

  2. c rina ba ni berkata:

    nahh, aku suka tu yang lebih bebas menulis di biru cair berbanding biru pekat hahha… tanpa kompromi. bila dapat result ujian ptd?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s