Salam

Sudah berapa lama tidak mengarang cerita yang agak panjang.  Inilah masanya untukku menguji setakat mana idea yang ada dalam kepala ini dapat memuntahkan frasa-frasa selagi mahunya.

‘Sigh’.

Lihat baru dua baris sudah hilang idea. Tidak mengapa.

Kamu tahu, di sini aku temui kebebasan untuk menulis dengan seberapa panjangnya karangan tanpa memikirpeduli tanggapan orang yang tidak memilih untuk membaca entri panjang. Tanpa memikirpeduli bahawa setiap entri yang aku tulis akan dibaca oleh seseorang lalu membuatnya dalam entri beliau semata-mata untuk mempersendakan aku atau untuk bahan Tips Berbloggingnya. (Persoalan untuk aku berpindah ke DSCK terjawab dalam ayat di atas ini, tiada soalan lanjutan lagi). Di sini aku temui kebebasan untuk meneroka fikiranku yang semakin lama semakin tua sama ada masih mampu menulis dengan kata-kata yang boleh dimakan logik fikiran. Di sini aku mampu untuk menguji sejauh mana keupayaanku untuk berinteraksi dengan baik mengawal kata agar tidak tersasar dari landasan awal tujuanku mula berblog, untuk menulis pengalaman, untuk merakam kenangan agar satu hari nanti aku, anak-anak dan suami yang membaca akan tersenyum atau ketawa dengan gelagat mereka yang sempat aku tamsilkan di sini. InsyaAllah.

Aku ada bercerita tentang peperiksaan yang akan berlangsung Sabtu ini pada entri yang sebelumnya. Dengan semangat berkobar-kobar (pada masa itu), misiku adalah untuk belajar di samping gigih memerah susu untuk Jannah sepanjang ketidakhadiranku di sisinya pada hari tersebut untuk menduduki peperiksaan.

Namun punah.

Apa yang dapat kamu saksikan (bagi yang mengikuti statusku di Burung Biru) adalah keluhan-keluhan, luahan-luahan, paparan-paparan status dari semasa ke semasa dan tidak ada satu pun yang mengatakan bahawa aku telah menyentuh buku Malaysia Kita, atau mengulangkaji persamaan, bermain dengan tambahtolaksifirbahagi, atau belajar mengarang esai Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris, atau menguji IQ secara online mengikut sukatan peperiksaan yang akan diduduki.

Tiada.

Apa yang aku lakukan, selain menjalankan kewajipan sebagai seorang ibu, isteri atau suri rumahtangga juga tanggungjawab sebagai hambaNya ialah bermain dengan Photoshop, melayari blog-blog tutorial blog, wordpress, memeriksa timeline, memeriksa most recent Status di Buku Muka juga. Itulah yang aku lakukan. Serasa berat untuk pandang buku Malaysia Kita. Aku tidak bersedia lagi untuk memeningkan fikiranku dengan fakta-fakta sejarah buat masa ini atau bermain dengan nombor apatah lagi memperkasa daya karangan bahasa Inggeris . Tidak sekali-kali aku menyalahkan kehadiran anak-anakku sebagai sebabnya. Bukan itu. Mereka adalah anugerah terindah yang Allah SWT berikan untuk aku dan AbahJnJnJ. Maksudku, kesediaanku untuk meninggalkan mereka buat masa ini belum ada dalam senarai to do listku. Bukanlah bermakna aku amat yakin bahawa aku akan lulus dan orang akan cakap, kenapa tidak cuba dulu?, kenapa mengalah sebelum bertarung?, kenapa simpan senjata sebelum tewaskan musuh? (Ok ayat yang terakhir itu agak tidak logik akal).  Ataupun, sekurang-kurangnya kenapa tidak pergi untuk timba pengalaman, iyalah sudah bertahun tidak pergi peperiksaan SPA mesti soalan-soalannya pun lain dari yang dulu. Lebih mencabar mungkin. Sungguh, aku tahu takat mana kemampuanku. Aku tidak mampu. Aku juga tidak mampu untuk berkorban dan berjauhan dengan mereka pada masa ini.  Lagipula terlalu banyak gangguan yang timbul daripada tugas-tugas suri rumah pada sebelah siang. Manakala Jannah yang pada masa ini kerap menangis, Puan Bee kata mungkin tumbuh gigi. Tapi setelah diperiksa juga tiada. InsyaAllah akan membawa Jannah berjumpa doktor Jumaat ini.

Namun daripada segala macam alasan yang aku berikan di atas, salah satunya yang paling utama adalah KEMAHUAN. Orang kata, di mana ada KEMAHUAN, di situ ada JALAN. Malang sekali, takat KEMAHUAN yang aku ada tidak benar-benar sepenuhnya, bagaimana untuk teruskan perJALANAN, bukan?

Aku cuba untuk memuaskan hati insan-insan yang berada di sekelilingku untuk menjadi apa yang aku tidak mahu jadi. Maksudnya memenuhi keinginan untuk menjadi seorang yang Berjaya dengan BEKERJAYA TETAP. Sudah berkali-kali aku cuba fahamkan situasi diriku bagaimana. Namun siapalah yang mahu mengerti.

Jadi rasanya, karangan ini tiada jawapan dan benar-benar tidak menjawab pengolahan tajuk di atas. Biarkan. Aku saja yang faham.

Esok AbahJnJnJ bercuti. Lepas Jumaat mungkin akan keluar kota. Mencari sedikit persiapan untuk kenduri aqiqah Jannah yang kedua pula di rumah Mertua. Sabtu yang sepatutnya peperiksaan itu kukorbankan untuk memenuhi keinginan AbahJnJnJ bermain Futsal. Biarkan. Asal dia tahu saja, aku tidak pernah menghalang minatnya.

Baiklah rasanya aku sudah membebel tahap pengkarya yang hampir kehilangan idea. Dan amat janggal bahasaku kali ini. Inikah diriku yang sebenar?

Sekian.

Terima Kasih kerana membaca.

P/s panjang gila kentang. dan ini entri serius tiada hahahaa tiada hehehe tiada hihihi, tiada wakakaka, apatahlagi bwaahahaha!

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

8 responses »

  1. tengkorak emas berkata:

    hehehe…ops

    so kak tak pergila ye exam tu?hm..berharaplah pada Allah, moga Dia beri rezeki yang tak disangka pada kak,

    doa juga moga sentiasa diberikan ilmu bermanfaat dan diberi hidayah (walaupun kita sedia Islam)

    goodbye for now kak…

    • anangsue berkata:

      InsyaAllah Amiin.. tidak pergilah TE macam berat halangannya kali ini..terpaksa hantar jnjnj balik kg then balik lagi KK untuk ambik exam….jauh bah…takut juga susu yang ditinggalkan untuk Jannah tidak cukup…terima kasih, kalau hal-hal begini kak harap juga dapat motivasi dari TE 🙂

  2. Alfisah Sabri berkata:

    buli bha ko mengarang ni, klu ikutkan ni sukatan karangan stpm sudah bha…

  3. anangsue berkata:

    adeh baru stpm no?, andu2 sayang sijil ‘ijaja’ku tu hehee

  4. puanbee berkata:

    tapi saya nk bahahahha.. hehe jgn mara na.. saya suka baca entri sue penuh bait2 ouitis gitu …

  5. puanbee berkata:

    cantik lah theme blog sue ni berkenan pula

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s