Salam

Hai Blog!

Aku dapat komplen dari adik aku bahawa blog aku yang ada sekarang ini sangatlah tidak ceria, suram katanya berbanding yang dulu. Jadi sekarang sekurang-kurangnya aku tahu pandangan yang jujur daripada orang terdekat denganku tentang blog ini. Aku pun sebenarnya rasa begitu. Tapi, tapi, tapi, keputusan yang aku ambil untuk berhijrah ke wordpress telah aku fikirkan semasak-masaknya sampai hangus jugalah mengkali. Jadi apa yang perlu dilakukan sebagaimana mungkin akan dihias juga bukan demi orang lain tapi untuk kepuasan diriku sendiri dan bila mendapat tahu komennya, aku rasa dia betul tentang kesuraman blog ini.

Sejak mengenali dengan lebih dekat Photoshop aku jatuh cinta lebih daripada kecintaanku tentang puisi, lukisan dan bunga telur. Apalagi kacang. Ini disebabkan lidah dan gusi yang luka atau bengkak maka aktiviti memakan kacang harus ditangguhkan hingga sembuh.

Aku suka perkara-perkara kreatif.  Aku rasa semua orang pun begitu. Tapi bukan semua dikurniakan kebolehan untuk berkreatif. Aku juga begitu. Walau bagaimanapun maksudku di sini setiap orang ada kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Contohnya si Gayah ini tidak pandai melukis tapi dia pandai menjahit dan menggubah bungga. Kreatif juga kan?

Kenapa kaitkan si Gayah?. Lupakan.

Baiklah. Tamat sesi serius. Kali ini sesi tidak rasmi tentang perjalanan kami petang tadi. Selepas AbahJnJnJ solat Jumaat, kami bertolak ke Wawasan Plaza dengan harapan di sana ada kedai Elianto. Keputusan beli foundation dan lipgloss dicapai sebulat suara sebab rasanya sudah setahun aku tidak berfoundation dan berlipgloss, mungkin AbahJnJnJ kesian tengok muka aku yang pucat sentiasa. Mungkin juga ada jualan murah di Pacific NK. Bila sampai sangat kecewa sebab semua yang diharapkan itu tiada. Jualan murah hanya 50% untuk pakaian (JnJnJ) tapi harga yang didiskaunkan RM80.00.

Budak-budak lapar sebab selalunya walau dipaksa makan pun sebelah pagi menolak juga dengan pelbagai alasan. Jadi mencari tempat makan pula, tidak mahu ke KFC mencarilah kami di Giant.

Juan suka sebab bulldong besar ngege. Rambut sudah lain.

dan budak ini makan sebiji-biji sampai penuh mulut lepas itu muntahkan keluar. Rupanya hisap-hisap kulit saja.

Terlalu kecewa aku bawa AbahJnJnJ keluar dari situ. Sudah berkali aku kata WawasanPlaza kurang menarik untuk keluarga macam kami membeli belah disebabkan harganya yang agak mahal berbanding Servay dan Tongs yang banyak pilihan juga.

Ohya aku tanya jurujual Guardian kalau kedai Elianto ada di situ, katanya tiada dan sila pergi ke Wisma Merdeka

Juan dan Jajang macam biasa kalau sudah masuk dalam mana-mana mall akan buat perangai. Berlari ke sana ke mari macam mall itu Abah dia punya. Biasalah budak-budak. 

Sampai ke Sinsuran Kain Mewah kiranya mahu beli kain ela saja dua meter yang kosong. Telefon ibu tanya dia. (sedangkan tiap-tiap tahun asal beraya mesti telefon tanya berapa meter yang sesuai untuk baju saja). Boleh-bolehlah kan dia cakap jangan beli sini sebab di Kota Belud kedai India banyak jual lebihan-lebihan kain maksudnya yang sudah mahu habis gulungan itu dan dijual murah lagi RM3 semeter. Baiklah aku tidak jadi beli, terlihat baju melayu. Tanya jurujual ini design baru, iya jawabnya. Beli dan bayar sebab masa itu aku bawa Jannah sudah melentik-lentik sebab mengantuk.

Haaaa…penat. Macam rasa tidak mahu habiskan entri ini tapi terpaksa. Rutin harian masa di blogspot dulu sehari 2 atau 3 kali update memang sudah tidak boleh diulang lagi. Entah kenapa. Dan aku semakin lama semakin formal dalam gaya bahasaku. Ini yang paling aku tidak suka.

Sambung lagi. Singgah ke Jelip beli bunga-bungaan untuk bunga telur dan untuk hias buaian masa Aqiqah Jannah nanti. Bajet memang bajet tapi kali ini lari bajet untuk raya sebab masukkan bajet hias menghias dan bunga telur dalam bajet ini. Berapa kali bajetlah dan aku minta maaf.

Terus ke Wisma Merdeka dan masa ini Juan dan Jajang masih cergas lagi berbanding aku yang sudah pening sebab belum makan nasi. AbahJnJnJ masih kuat rasanya sebab aku tengok mukanya masih gagah. Biasalah orang mau futsal besok jadi muka kena semangat.

Owh aku boring dengan gaya bahasaku. Ingin cepat-cepat habiskan ini.

Yang aku dapat Elianto Two Way Cake, Lip Gloss, dan Lip Liner dan semuanya RM50!, rasa menyesal tapi Abah JnJnJ kata ala bukan selalu. Setahun sekali. (KuiKuiKui)

Yang bunga-bunga ini untuk buaian nanti. Gatal tangan mahu ambik daun-daun juga yang menjalar tapi tahan hati sebab harga RM5 satu. Belanja untuk sample bunga telur/pahar/dulang campur yang ini RM40 jugs. Adeh.

Baju Melayu ini RM 45. Adess.

Gambar diambil guna Handphone Cikai K800i bukan DSLR. Terima kasih

Petang ini balik  kampung, kalau malas balik besok. Kalau malas balik juga, Tidak payah baliklah. Tinggal sini saja haha!

Sekian

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

8 responses »

  1. puanbee berkata:

    haha tapi bee suka gaya bahasa sue .. adei sue … dah shopping raya saya belum lagi ni

  2. anangsue berkata:

    malaslah masa akhir-akhir puasa nanti baru kelam kabut beli baju puan bee..tidak larat bertarung dengan jnjnj dalam kesibukan tu huhuu..ni bukan shopping ni puan bee haha saja letak tajuk membeli belah tu

  3. puanbee berkata:

    yeayy dah nampak banner hehe

  4. Puan Azmah berkata:

    Hai Anang!!! Puan Azmah ni…ekeke singgah sini…

  5. anangsue berkata:

    hai pn azmah, salam kenal hehee

  6. aima berkata:

    banyak komen ku nang..are u ready?
    1.aihna nang..ko buat marathon shopping complex..
    2. CenterPoint ada elianto
    3. Baju biru c juan cantik
    4. aku suka headermu
    5. c jannah comel
    6. c jajang lucu…
    7. bapa tripleJ mmg hebat sbb tahan mo pg bnyk tmpt dngn anak yg ramai..patut dapat badge itu nang!!
    yg selebihnya kita sambung di DM ka ka ka ka…

    • anangsue berkata:

      kehkehkeh, baiklah aku jawab balik
      1-tidak juga marathon paling2 g wawasan plaza-sinsuran-segama-wismamerdeka seja
      2-manakutau ada elianto sana, kuupdate status diFB ingatkan kau perasaan haha
      3-terimakasih, 🙂
      4-terimakasih juga, kalu mau minta bikin jangan segan kestau saja, kawan2 free hehe smntra aku belum pakar lagi
      5-terimakasih mertua kata jannah (oho ini aku nda tahan ketawa sudah)
      6-jajang memang lucu, belum lg kau tingu dia menari NOBODY2..omg, aku pun kelucuan
      7-biasalah kan bisuknya iaitu hari sabtu dia futsal satu hari jadi kena tahan fizikal dan mental menghadapi karenah anak2 dan isteri tersayang
      yang selebihnya DM minggu depan, tapi kalu PM fesbuk anytime friend!

      nah baruku puas hati menjawab haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s