Salam

Kemarin iaitu semalam dua kali Jannah cuba untuk bertiarap. Mungkin ini satu petanda baik bahawa dia semakin membesar.  Begitu juga perkembangannya dalam hal-hal yang lain:

1-Sudah mengenal suara mama dan muka mamanya berbanding orang lain, maksudnya akan menangis bila diambil oleh orang lain.

2-Pandai geram sendiri, walaupun bukan lapar selalu menjerit-jerit. Yang ini aku belum dapat kenalpasti apa puncanya.

3-Sudah pandai mengiringkan badan, separuh lagi sudah boleh tiarap cuma belum mampu angkat badannya.

4-Suka jelir-jelir lidah, yang menurut pendapat aku mungkin lidah atau gusinya gatal.

5-Suka ‘berenang-renang’ di atas tilam, sampai jauh kedudukannya, nasib tidak jatuh dan nasib juga kami tidak pakai katil. Keadaan ini berlaku bila dia dimandikan, yakni ketika bajunya dibuka termasuk lampin. Pada andaianku mungkin masa itu dia rasa bebas-sebebasnya.

6-Suka korek bawah laptop bila aku BFkan dia sambil online, tangannya yang sebelah lagi akan mengorek-ngorek. Bila dijauhkan laptop pandai pula dia bergerak ke arah laptop balik.

7-Suka melentik-lentik dan melepaskan diri yakni sangat bahaya jika dipegang dalam keadaan tidak bersedia, takut terlepas dan jatuh palis-palis)

8-Rasanya itu saja.

Err..betulkah pengiraan umur anakku Nur Syazanna ni?

Layan gambarnya ni, aku yang geram sendiri….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

InsyaAllah akan aku teruskan BF dengan Jannah kalau boleh sampai 6 Bulan dan kalau boleh lagi sampai 2 tahun, jika dipanjangkan umur, dengan izin Allah SWT. Besok balik kampung seminggu di sana dan tidak dapat online. Mesti aku rindu mahu bersosial dengan blog aku ni. Tunggu aku balik ya DSCK!

Gambar dalam ayunan tu kakaknya Nur Syazharina @Jajang masa umur-umurnya jugalah ni.

Jajang ini menyusu 2 bulan lebih saja (BF). Lepas itu dia tolak sebab sudah campur dengan susu formula. Sayang sekali. Namun aku bersyukur juga Jajang hingga ke hari ini jarang-jarang sakit macam Juan.

InsyaAllah akan aku teruskan BF dengan Jannah kalau boleh sampai 6 Bulan dan kalau boleh lagi sampai 2 tahun, jika dipanjangkan umur, dengan izin Allah SWT. Besok balik kampung seminggu di sana dan tidak dapat online.Mesti aku rindu mahu bersosial dengan blog aku ni. Tunggu aku balik ya DSCK!

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

6 responses »

  1. aima berkata:

    aku kompius sd nang semua ni gmbr c jannah ka? kenapa betukar2 mukanya ni..? mcm c jajang pula

  2. anangsue berkata:

    hehe..terlari bah setting tadi tu adehh..mula dari yang dalam ayunan tu Jajang, sampai ke bawah. Yang dari atas sampai budak tengah cuba-cuba meniarap tu Jannah heheh

    Gambar Jajang yang nda pakai baju tu macam Jannah kan 🙂

  3. puanbee berkata:

    bulat2 belaka anak sue.. tk pe lepas balik dr kampung nanti boleh baramah tamah dgn blog yeeee

  4. Alfisah Sabri berkata:

    naaa…kiut nang, hehehe, tbayang2 ku la bha.huhu lma sdah nda tgk budk kecik ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s