Salam

Hai Blog

Amboi! rindunya diri dengan engkau DSCK!. Seminggu tidak berjumpa macam  setahun pula pula rasanya. Alahai.

Jadi seperti kebiasaannya blog berbentuk peribadi sinambungan dari TWOCK, kalau dari kampung mestilah ada cerita berjela disertai tumpukan gambar-gambar tidak berkualiti kan?.  Ichi, Ni, San,  AYUH Mulakan!

Sebelum itu kan, aku mahu promosilah untuk orang-orang Kota Belud kalau tidak silap kedai india ini namanya Permata atau Pertama Enterprise dekat Pasar Besar Kota Belud. Baru-baru ini saja kedai ini menjual kain-kain lebihan yang mungkinlah menurut andaianku dari semenanjung sebab datang berbundle-bundle dan ada lagi yang belum dibuka, dilompokkan begitu sahaja.

Sebenarnya mak aku juga yang bagitahu pasal ini. Memang banyak pilihan kecuali memerlukan ketabahan dan kelapangan untuk memilihnya maklumlah kain-kain itu ada yang satu 1/2 meter, ada juga yang 2 meter dan ada juga yang 4 meter. Semeter dijual RM3, kalau pandai tawar akan dapatlah RM8 untuk 4 meter. Dan kalau rambang mata memang tidurlah engkau di kedai itu (gambar kain-kain itu terselit dalam gambar-gambar sepanjang majlis pula)

CERITA DULU BARU GAMBAR (Sebab aku belum mahir letak gambar dan ulas macam di blogspot dulu, macam entri sebelum ini, bertabur gambar dan perenggan, tidak apa, pelan-pelan belajar. Panjang umur insyaAllah pandai juga diri ini, sedangkan adik dan sepupu aku ini balik-balik suruh tukar pergi blogspot balik. Biarkanlah nda lawa dan tiada blink-blink bah :((  )

1-Buaian berhias

-Buaian biru aku siapkan dua hari juga termasuk gubah bunga pink dan merah. Buat daun bunga stokin hijau dan letak riben. Walau tidak meriah sebab tidak banyak bahan (harus diingat konsepnya BERJIMAT, jadi pakai saja apa yang ada mengikut bajet dan tidak melebih-lebih). Buaian warna merah jambu aku buat sehari semalam. Tanpa lelapkan mata. Sangat penat tapi terpaksa habiskan juga demi untuk anak saudara yang sama-sama aqiqah dengan Jannah. Ada masa ingin berhenti dan tidur tapi aku gagahkan juga hingga siap keesokan harinya.

~yang tidak seronok bila tetamu yang hadir seakan-akan mempersendakannya. Sangat sedih ketika itu tapi mujur dipujuk AbahJnJnJ. Katanya anggap saja gurauan berhelah.

~Patut makcik tu kata ” aishh, apa itu ‘gubang’? (Gubang dalam bahasa irranun bermaksud perahu), kenapa nda cakap, ada ayunan (buaian) baru kami dirumah”. Sebabnya menghias buaian itu memanglah buaian itu buruk dan dipakaikan ‘baju’. Masalahnya perkara ‘buaian berhias’ adalah benda baru di kampung itu dan juga kampung kami aku rasa sebab ramai yang bertanya-tanya apakah bendanya yang bergantung. Mujur juga ibu mertua meng’approve’ buaian tersebut untuk dipertontonkan.

Dan nasiblah aku berbudi bahasa serta tidak menjawab gurauan makcik tersebut.

2-Apam moden

Aku tempah daripada Umie Dan Family Biz di muka buku sebab tertarik dengan corak-coraknya macam tidak sanggup dimakan pula 🙂 dan mungkin ini perkara baru (niat bukan untuk menunjuk cuma mahu mencuba sesuatu yang baru). Sebab berkira, aku pun beli plastik bercorak dan gunting petak-petak kecil dan bungkus apam untuk diagihkan kepada tetamu. Berkiralah sangat kan?.

3-Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar hari itu bila selesai semuanya aku serahkan kepada Abah JnJnJ dan adik-beradiknya yang semuanya lelaki sebanyak 5 orang itu untuk menyelesaikan kerja-kerja dapur manakala kami yang wanita-wanita ini ditugaskan memantau anak-anak yang tuan puan.

4-JnJ suka balik kampung sebab dapat main ramai-ramai dengan sepupu-sepupu. Berikut adalah sepupu-sepupu JnJnJ, yang tiada nama sebenar itu aku lupa :P. Lebih-lebih lagi Juan tunjuk lagak pandai campin main game dengan sepupu-sepupunya.

Lelaki

-Aidil

-Aie @ Aizat

-Airil

-Wawan

-Iqbal

-Hakimi

-Affendi

-Juan @ Mohammad Syazwan

Perempuan

-Jajang @ Nur Syazharina

-Aireen Arissa

-Jannah @ Nur Syazanna

Lelaki mendominasi keluarga sebelah Abah JnJnJ kan, boleh buat team bola dan main macam MU kata Tengkorak Emas (rindu eh ngan adik Komander Maritim ini 😦  )

Layan gambar pula~ seperti biasa wajah ibu dan bapa berada paling atas terpaksa diblackandwhitekan sebab masa pakai bedak main tenyeh-tenyeh tidak perasaan muka macam hantu susu sehinggalah digambar. Terima kasih.

Ohya, Jajang tiada dalam gambar di bawah sebab asyik tutup muka saja entah kenapa perangai barunya ini amat menghairankan ya bung!

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. lonelyday91 berkata:

    wah, pernah jumpe apam yang comel tu, kalerful sangat.

    yeah, ade facebook fanpage! nanti nak tempah untuk mak lah. huhu. asek asek apam yang biase tuh, bosan kann

    • anangsue berkata:

      ini di sabah ni, rasanya di semenanjung pun ada juga..eh kamu bukan org sabah bah kan huhuu..

      comel kan?..ada byk bentuk lg, yg kumbang2 tu kiut 🙂

      terima kasih singgah dan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s