Salam

Hai Blog!

Jannah sudah mulai bertiarap pada 20 Julai lalu , masa di kampungku hari itu.  Seperti ibu-ibu baru yang lain aku turut teruja, walau sudah ada Juan dan Jajang, tapi menerima Jannah dalam hidup kami bagaikan menemui cinta pertama kembali, bagaikan penambah seri dalam keluarga kami juga. Terutamanya aku. Alasan, ada pipi mahu digomol-gomol, ada jari dan tangan yang mahu digigit-gigit, ada badan montel-montel mahu dipeluk-peluk. Kalau Juan dan Jajang mesti lari punyalah jauh-jauh masa mamanya mahu bermanja.

Bertrip main Angry Bird konon….

tarikh gambar ini setelah 20 julai dia makin gian tiarap.

Lain cerita sebelum teruskan dengan Jannah ni. Wahhhhh!! sejak-sejak bertukar ke wordpress kerja aku asyik tukar-tukar theme saja, biasalah kalau masih hijau-hijau macam aku ini, alasannya untuk memperkemaskan blog ini untuk mata aku sendiri dan mata adik aku yang baca ini juga. Bhahahaa..

“Shazana laksana sinar suria di pagi mendung bercahaya, bagai lukisan yang sedih engkau riangkan dengan senda tawa gurauan…..”

Lagu ini sudah lama aku cari, kena upload pun baru bulan Julai ini di youtube. Ambik perenggan pertama saja untuk Syazanna :). Sayang betul kumpulan Baba ini terus menyepi.

Jannah bersama ibuku

Jannah bersama ibu mertuaku 🙂

Baik. Sambung dengan cerita Jannah lagi. Jannah ini lagi masih dengan perangai jelir-jelir lidah bila senyum tau. Mak nda suka gitu. Tapi sangat tidak tahu bagaimana cara untuk halang dia. Kalau dia hisap jari sekalipun aku tidak kisah tapi yang jelir-jelir lidah ini sampai ibu aku suruh aku biasakan dengan puting tiruan. Aku sudah cuba dulu tapi dia tolak dan aku tidak paksa.

Lepas itu dia sangat gian mahu bertiarap sejak-sejak boleh bertiarap. Balik-balik tiarap, buka mata nangis terus tiarap dan berhenti sebab berjaya. Bila baring balik tidak mampu, maka menangislah dia dengan geram.

Dia rapat dengan Abang Juan dan suka tengok Abang Juannya bersilat-silat seorang diri. Gaya naruto atau ultraman Jannah akan sengih-sengih sambil lidah jelir. Alahai sumandakku ini.

Nampaknya tahap mengantukku melebihi limit sudah. Sebenarnya dari tadi menderaf tapi tidak siap-siap juga. Balik-balik terganggu. Biasalah kalau sudah namanya mamabudak ini perlulah diutamakan anak-anak dulu oh ya dan juga Abah JnJnJ.

Esok Juan cuti, abahnya buat ops di PJ Tuaran jadi rasanya menghantar Juan dari hujung ke hujung, maksudku dari Telipok ke Tanjung Aru lepas itu ambil dia lagi sebelah petang tidak berbaloi juga. Biarlah berehat di rumah dulu.

Penat.

Sambung lagi cerita lain yang panjang-panjang esok, InsyaAllah.

ya memang sekarang aku suka membebel panjang-panjang

Sekian.

Kami orang kampungan.

p/s nda sabarnyalah aku bawa budak2 ni mandi di sana hotel. Maklumlah urang kampungan kan…..punya lama sudah durang ni nda merasa sejuk2 di hotel n rasa air mandiannya hahahahahaaaa……tapi sayang nda dapat tempah yg ada bath tab sebab penuh sudah……mandi air hujan saja bilang jajang hehe

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. puanbee berkata:

    salam sue , theme ni dah kemas sangat2 dah .. ni adalah theme premium kan … biar je jannah tu jelis2 lidah bukan apa gusinya tengah gatai , jgn beri puting tiruan tu tak elok untuk gigi dia …

    • anangsue berkata:

      timakasih puan bee..rasanya kekalkan yg ini dululah lama2 sikit hehee..ini theme free saja ni pn bee…uhuk uhuk kalu premium terpaksa bodek AbahJnJnJ pula heh

      itulah pasal…tapi ada juga yg cakap kalau hisap tangan ni boleh buat gigi tidak cantik sebab Jannah thumbsucking tegar huhuu

  2. sizuka berkata:

    wah besar dah jannah.sekejap je rasa.hehe.semoga jannah membesar dengan sihat & comel! 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s