Salam
22 Julai lalu ulang tahun kelahiran Nur Syazharina @Jajang. Masa itu Abahnya masih kursus di Promenade Hotel selama seminggu. Jadi tidak banyak yang dapat dilakukan selain daripada menahan diri memarahi Jajang. Ikut sahaja kehendak birthday girl ini. Lagipula masa itu sibuk-sibuk mahu kenduri dan aku bertungkus lumus menyiapkan buaian berhias. Sebetulnya aku dan Abah JnJnJ kurang meraikan hari lahir JnJ. Kalau pun diraikan tengok bajet dan masa. Boleh dikira dalam beberapa tahun sejak kelahiran diaorang kami meraikannya. Tapi tidak mengapa kalau ada rezeki lebih apa salahnya raikan dengan meriah kan?. 🙂
Macam biasa. Gambar menghiasi entri ini pada 25 Julai lalu :P.
(IKLAN BREASTFEEDING: walau di mana saja berada, bila bayi anda lapar, jangan teragak-agak untuk memberikan ‘haknya‘ kepada dia, RAISE YOUR SHIRT !)
Jajang pakai tudung dari rumah. Dia yang mahu sendiri, sejak kami mula pakaikan umurnya dua tahun. Aku harap berkekalan, InsyaAllah. Tapi yang tidak seronoknya dia buka pula sampai SR. Kebetulan Bapa dan Ibu mertua turun KK untuk temujanji cabut gigi. Jadi kami ajak juga diaorang sekali. Perangai Jajang dan Juan bila masuk SR macam inilah, dibuatnya macam SR tu rumah pula, siap-siap baring lagi tu dan buat gaya-gaya menggelikan hati. Biasalah orang kampungan kan. Gambar Juan yang minum itu terpaksa ditutup sebab giginya buruk haha!.
Sekarang bersiaran langsung dari GrandBorneo Hotel 1B. Bekalan elektrik terputus sekarang ni nasib ada backup generator tapi bertahan sampai 2 atau 3 jam saja. Harap-harap aircond ni kekal sejuk sampai pagi, kalu tidak masaklah kami anak-beranak di sini.
Esok Isnin bermulanya puasa. Aku berazam untuk terus menyusukan Jannah dan berpuasa seperti ibu-ibu kental yang lain. Kena banyak makan dan minum makanan atau minuman yang menambah tenaga masa sahur dan berbuka. Harus google lagilah lepas ini. Semoga aku berjaya, InsyaAllah Amiiiinnn…
Sekian
Kami orang kampungan 🙂
aku pun bf dr anak br lahir smpai aku mngandung,skg nih suda teda air susu, dia brenti sndri..penah jg bf d sr palm square..haha..tp suda sedia selendang awal2..
iya lina, untungnya si hannah lama juga bah dia nyusu tu kan..syukurlah…
nah gitulah kusuka pkai pashmina kc lebih2 pjng di depan tuk cover huhuu
di sr 1b tu kami duduk dimeja yg agak terlindung juga
kenapa entri pertama ditutup tmpt komen tu .. nak wish selamat berpuasa sue.. hehe tk pe bee pun sama , hilang kawan bila berwordpress tapi kita buat apa yg kita suka itu hak kita
saya pun tidak tahu kenapa la pula tdk boleh komen..mesti ada yg saya tertekan setting tadi adehh.. itulah psl pn bee, tdk mengapalah kan…macam tagline sesetengah blogger ini blog aku hehee..tapi saya akan buat secara berhemah… insyaAllah
sekali lagi merepot….
lucu betul melihat gaya dorang. baring2 di SR macam baring2 di kusyen rumah kamu tu hahaha… (nampak foto di fb ba…)
safarina bah ni kaan??…adeh aku mengingat2 siapaka kawan fbku bernama rina hahaa…
memang dorang ni cam mamanya jua kampungan hik hik
dei, aku la ba tu.. hehe
atau bisa aja dipanggil nor hahhah..
oh, jangan percaya pada jam itu. lain2 settingnya nda paham
iyalah bah tu nor hehee..eh jam yang mana lagi ni? nda faham aku *sambil garu2 kepala